Monday, June 13, 2011

mohd yunus bin md yaman

Nak baca? bole..tapi ada syaratnya. tolong PLAY ni dulu dan sedekahkan pada arwah abah aku. ;)...NOlah. seikhlas korang la.xnak play pun xpe.. :'(



amaran :  to my siblings yang hati mudah reput, bacalah sikit-sikit dulu. esok-esok sambunglah.
____________________________________

abah..
hari ni genap 2 tahun pergi menghadap Illahi..
13/6/2009
rindu...toksah ckp.
setiap kali terpandangkan gmbr abah dalam bilik, rindu mendatang.
setiap kali kereta menyusuri HKL, kenangan menjengah.

kenangan bersama abah terlalu banyak.
pahit, suka, duka, geram, malas nak layan..
semua perasaan pernah terdetik dalam hati aku.

sebagai anak perempuan terakhir
bole imagine la kn cmne x garang nye pun abah ngn aku.

'yehyeh..anak abah da balik '
bila aku blk kg.

'hah!!!'
slow2 msuk rumah dan sergah aku dari belakang smbil mencucuk pinggang ketika aku tgh bsuh pinggan.

'timang tinggi-tinggi'
gambar paspot aku umor 7 tahun di timang-timang bila aku xde rumah
sumber : mak yang cite
sayang kan arwah abah kt aku.

dari kecik smpai ke besar..aku di panggil 'atiebam' 
sehari tanpa usik aku mmg xpernah.
bila tgk tv dan lalu dpn aku, hidung aku jadi sasaran untuk ditarik.
aku ckp...'eiiiiiii...janganla'
mak ckp...'hidung budak tu da la lembik, ditarik-tarik lagi pula'
klo bukan hidung..pinggang aku yang akan dicucuk. 
tapi cmne syg pn abah...aku la satu-satu nye anak untuk dia kutuk.

kutuk jerawat aku...

situasi 1 

abah : ish..pipi dia. tgk ni! pipi owg halus jek.
atiebam : halus tp hitam dan lubang-lubang buat ape?

situasi 2

Aku tengah tepek ubat jerawat.

abah : nak cara hilangkan jerawat tak?
atiebam : cmne?
abah : pg amik pisau. abah hiris lapisan atas yg jerawat tu.
atiebam : T_T

hari lain

abah : nak ilangkan jerawat?
atiebam : cmne?
abah : korek hidung, sapu kat jerawat. berkesan!
atiebam : eeeuuuuuwwww.
euww euww pun tapi pernah gak buat kot. hehehe. msti korang euuww kn aku kn?


kutuk bumper2 aku..

abah : t*t*k kecik. b*n**t kecik. xde sape la yang nak nnt.
atiebam : biar ar!

kutuk suara aku..

Selesai sesi berkaraoke.duet.

abah : suara dia xsedap. sedap lagi suara kak long. halus je suara kak long.
atiebam : xsedap jgn la ajak duet. ajakla kak long.
abah : hehehehe.

ni edisi gurau anak banak tau. gurau kasar. kalau dosa, abah kata dia dah ampunkan dah masa salam raya.

antara bayangan masa kecik-kecik yang masih melekat dalam fikiran aku
kecik-kecik dlu masa aku dok Sg. Besi..
abah selalu bwk aku nek moto pg nek mainan yang kene masuk duit tu.
apa namanye pn aku xtau la.
menatang yg da msuk duit terus ada lagu pastu ko dok la atas bende tu smpai abis lagu.
tau kn?
xtau la selalu ke atau sekali jek abah bwk aku.
tp dr bayangan-bayangan masa silam ni, mcm selalu jek.
lokasi : Central Market. 

pernah sekali aku naik motor dengan mak dan abah
melalui jalan Tun Razak. 
masa kecil dulu aku xtau la tu jln tun razak tp da besar ni baru aku tau.
selipar aku terjatuh
abah patah balik dan berlari selaju mungkin mendapatkan selipar tersebut.
walaupun abah pergi amik selipar tu, still aku kene marah.
tapi yang mrh nye mak. bukan abah.
"biasa la mak,kan korang kan?" to : siblings
lokasi : bwh jejantas.

tahun 2002, abah kene serangan jantung.
dan di hantar ke Hospital Kem Terendak.
waktu tu aku di Politeknik PD.
bergegas aku pulang ke rumah dan menumpang jiran untuk ke hospital tersebut.
hasil sepakat adik beradik dan sepupu sepapat,
abah di bawa ke Hospital Putra menaiki ambulans untuk menjalani by pass.
alhamdulillah..berkat doa kami semua, abah kembali sembuh.
syukur ke hadrat Illahi. jutaan terima kasih diucapkan kepada doc tersebut yang sanggup melupakan perayaan CNY nye untuk menjalankan operation ke atas abah ku.

info : 3 operation yang dilakukan oleh doc. tersebut ke atas pesakit jantung nye yang lain selepas itu menemui kegagalan dan doc. tersebut didapati mental!!!!OMG.

Hari berganti hari..bulan berganti bulan, kehidupan di jalani seperti biasa. 
setiap hari hampir berpuluh biji ubat perlu di telan.
dan abah menjadi "karok addicted"
hampir setiap malam masa di abiskan di warung-warung karaoke.
hampir setiap pertandingan karaoke di sertainya.
dan hampir tidak pernah pulang dengan tangan kosong. saguhati pun jadi la.
dan pernah menjadi juara yang mana hadiahnya disampaikan oleh Khairi Jamaludin, tapi  aku yang dipaksa ambil. dia anti. nasib baik aku x anti.

sikap nya masih sama.
baran apabila barang yang dicari tidak dijumpai.
letak barang tempat lain, cari di tempat lain.
selalunya..kunci motor.   
ilang baran dan tersengih-sengih apabila barang yang dicari dijumpai anak atau isterinye.
rajin menyakat cucu-cucunya dengan gaya hantu terkeluar gigi palsu.

sejak serangan jantung tersebut, menjelang raya puasa abah akan berkata :
"entah-entah ni raya terakhir."
ahli keluarga yang mendengar hanya mendiamkan diri.

tahun-tahun berikutnye tetap dengan ayat yang sama :

"raya lepas ni owg da xde da. ni yang last ni "
tetapi ahli keluarga yang mendengar tidak berdiam diri lagi. sape? aku la tu.
"ala abah tu. tiap-tiap tahun ckp mcm tu. tapi ada jek."
dan emak hanya tersenyum.
"owg da xde nanti, dia la yang menangis sedu sedan smpai bengkak mata, tebal bibir"
setiap kali itu juga dia akan memperkatakan benda yang sama pada jiran aku, zira
dan aku ckp...
"jgn dgr. jgn dgr. tiap-tiap tahun pun ckp cmtu."

tetapi.............

semua gurauan, sakat menyakat, hiburan, gelak ketawa, usik mengusik berakhir apabila abah mula menghidap satu penyakit lain. tidak tahan kencing. setelah jenuh berubat sana sini untuk memastikan ape penyakit yang di hidapi.

pada peringkat awal, masing-masig menyangka ia hanyalah batu karang. tp lama kelamaan penyakit itu bertambah kronik sehingga mengeluarkan darah. pemeriksaan dan pembedahan dilakukan pada abah di HKL..

bermula dari saat itu la kehidupan abah selama 5 bulan hanya di HKL ditemani oleh mak. setiap petang lepas waktu kerja aku menziarahi abah. banyak suka duka sepanjang 5 bulan tu. 

1. teringat pada satu hari yang mana aku ditugaskan ke melaka utk site meting. dan petangnye aku terus ke HKL. aku mengadu pada mak keletihan. tapi abah terasa dan hanya berkata "klo penat x pyh dtg" dengan nada serius. bergenang airmata aku masa tu. 

2. kami bertiga membina perkataan lain daripada perkataan KELUAR sambil bergelak ketawa, aku dan mak berbaring di atas katil manakala abah pula yang duduk seperti pelawat.

3. betapa berdebarnya aku dan mak membawa lari abah keluar sebentar ke IJN utk melawat cucu sedaranya. plastik kencing abah disorokkan bagi mengelakkan sebarang suspicious.

4.  mak menceritakan ketika abah ditolak pulang ke wad menaiki wheelchair selepas menjalani x-ray, berderaian airmata abah tumpah apabila doktor mengesahkan ketumbuhan yang dibedah keluar sebelumnya adalah kanser dan pada tahap itu, kanser telah merebak ke hati. can u imagine the situation? can u fell the sadness? T_T

semakin lama keadaan abah semakin tenat. batuk abah mengeluarkan darah. teringat aku bagaimana sedihnya mak mengatakan abah dari bole berjalan ke tandas sendiri, sampai dah pakai pampers.  pada ketika itu, apa saja keinginan abah untuk makan, kami turuti. keinginannya utk pulang ke rumah juga turut kami turuti. mungkin sudah sampai masanya. malam terakhir abah , bacaan yasin diadakan dan kami sekeluarga berjaga satu malam untuk menjaga abah yang semakin tenat smbil membaca surah yasin. masih aku ingat bacaan yasin kami sekeluarga  yang  bersulamkan airmata dan sedu sedan. berulang kali juga abah dibawa ke tandas untuk membuang air besar, dan najis yang keluar memberikan petanda besar pada kami untuk bersedia menerima segala kemungkinan. 

pada saat-saat akhirnya, masih ada lagi gurauannya untuk aku. di waktu subuh, abah meminta untuk diambilkan berus dan ubat gigi. pada ketika dia sedang memberus gigi, sempat dia menyuakan gigi palsunya pada aku smbil berkata " Nah!" dan aku mengelak. aku dan adik aku hanya tergelak kecil. masih aku ingat senyuman di mukanya pada waktu itu.

*dan sekarang ni tetiba plak kuar lagu "Dimanakan Ku Cari Ganti" kt radio era. nyorok bwh meja jap.

pemergiannya tepat pada pukul 10.25a.m dalam keadaan yang cukup-cukup tenang. tapi tidak setenang keadaan kami sekeluarga yang begitu merasa kehilangan dia.

aku rindu panggilan atiebam.
aku rindu gurauan dia.
aku rindu bau dia. 
aku rindu kehadiran dia di rumah.
aku rindu dentuman periuk belanga menyokong Brazil ketika World Cup.
 
"abah, atie rindu abah. kalaulah abah masih ada...''


"Selamat Hari Bapa, Abah"


* handnote :
entry ni ambil masa 5 bulan untuk aku siapkan. setiap kali menaip untuk menyambung entry ni, laju airmata mengalir dan berakhir di bawah meja opis mengelap airmata.






























Wednesday, June 1, 2011

KAK SUwwwwwwwwwwiiiiiiiiiiiiiiiiiiitt!

oh. lama ku tinggalkan belog ini rupanya.

BAIKLAH!

entry seterusnya adalah berkisarkan seorang kakak pulak, Kak Long a.k.a Mimie suuuwwwwwit!

**************************************************************************************************

Ini hari, tanggal 1hb Jun..genapla umurnya yang ke..ehem ehem. xbole bgtau kt sini kot. nnt dia sentap. she's one of the best sister in the world la kata ko! nak pinjam beg...dapat. nak pinjam duit...dapat. nak pinjam kereta...dapat. sebut je la pape msti dapat punye. tapi jangan sekali-sekali ko wat dia tension dengan x dgr ckp dan memekak, mendapat la ko nanti. amaran : tok korang 3 orang. iye. korang la. anak-anak buah cicik yang begau. hahaha.

tapi sesetengah perkara yang bole dapat tanpa minta kebenaran pun ada gak. Compact powder Miyami. bila nampak sepah-sepah tu amik jela. sebab dia dah ada yang baru. yang lama, baru nmpk base sikit dia da xnk pkai. untung la aku ngn kak ngah. aku terutamanya. 

walaubagaimanapun, ada gak barang yang ko amik.pinjam.bawak.lari.kejap dia xmarah sbb dia xtahu, jgn igt ko sudah terlepas ye sebab akan berlaku sesuatu pada diri ko. DAULAT ok! sedang ko membawa kereta menyusuri jalan pulang dari rumah dia dekat Bukit Jelutong ke Sentul melalui NKVE, tayar kereta pecah. apsal? sebab ko amik.pinjam.bawak.lari.kejap Sauna Pant dia. Sauna Pant tu ada dlm kereta  yang tayar pecah tu kan? hukum karma namanya. uwwaaaaaaaa. padan muka!

"oh kak long, pinjam ek kejap. kak long pun tgh concentrated on susu diet alphalipid kan? xbole campor-campor. kang xtau ape bende yang bagi kurus. i wish u all the best  ; p . Niway, happy birthday sister! have a great one. love u. stay the way you're. always cool and always be my 'the best sister that no one could have '. muahh! "..could had ke could have ek?hihi.


p/s : kak long jgn la komen "patutla cari sauna pant xjumpe - jumpe ". ok?