Monday, January 31, 2011

ape punye nasib daaaaaaaa......

sabtu lepas dpt sms dari bonda. sepupu lelaki aku meninggal. al fatihah.
tanya bonda.."kene blk ke ek?" ape punye soalan la tu kn?hikhik.
bonda ckp "blk la.sedara kn."
tergopoh gapahla aku yang tengah menyeting bilik kasi bertambah cun masa tu.
tgh tipon sana sini..nk minta tumpang ank yatim ni blk kampung..
terfikir pulak baju yang terendam dalam bilik air tu.
kang klo aku biar kan smpai esok, mau satu rumah baru bangkai.
so...kasi pijak 5,6 kali, bilas, sidai...siap!
dan mandi.


da siap pack baju sikit..siap-siap pakai baju, mekap lite-lite.gerakk!!!
tgh jalan kaki nk ke lrt..buati kol.
"b kt mana?"
"ontheway ke LRT.''
"b blk ngn sape?"
"kak ngah kot."
"pth blk. abg hantar, tapi naik motor la. pegi pjm helmet bdk rumah."
"ok la."


da blk rumah, amik helmet tanpa kebenaran, turun blk.
tggu pulak buati dlm 20 minit baru smpai.
haih!lama tol!
handbeg aku letak dlm bakul.
beg dia aku sndang kt belakang. berat!hik.
bile nk gerak jek, hujan da start turun.
tapi kasi redah jek sebab renyai - renyai je baru.
sebelum tu kasi singgah Shell isi minyak. 

smbil isi myk smbil borak n sambil tu jgk hujan nmpak mkin mgganas.
"sape yang mninggal b?"
"ank makngah. honey x pena jmpe."
"skt ape?"
"entah la xtye pn. pas isyak ni kebumi." smbil mmbetulkan kedudukan beg kt bahu.
"kesian b berat ek beg tu?"
"ala...xpe.sikit jek."
"xpun...biar abang sandang. b bwk moto."
"eh?klo b yang bwk, kte berdua yang pas isyak kang honey!"
"pas isyak?OoOO..hahhaha."


dan hujan makin lebat.adeh...
"cmne ni b?"
"ntah. b xkisah. honey tu je. bole ke?"
"kalau tggu nnt, b lambat pulak.'"
"b xkisah pn. klo kite redah pn, b dok blkg. xkene ape pn. honey yang bwk moto yang sakit. yang basah."
"tggu jap la."

bila kelihatannye...ujan beransur slow..ktorg pn Vrrrrommm!Vrooommmm! wah.bunyi cm moto 250cc jek.hik
perjalanan bergerak lancau eh lancar. tersleng melaka pulak.
tapi xde la lancar nau, sgkut lagi.
dalam tengah laju-laju tu..tetiba buati slow dan ketepi.
moto cm bergegar sikit.

"nape honey?"
"pancit ni." smbil dua2 org menjengah kt tyr.
"jom pam kt stesen myk."
"kt mn?depan ada ke?"
"hmmmm...ada. ada. jom."


moto pancit tp gagahkn jugak bwk slow2 smbil thn nafas kasi ringan sikit ke Shell. hari shell sedunia nmpknye ari tu.
tayar belakang pulak tu yang pancit. ape mksdnye tu?haih!mengundang tol la tayar ni ngn aku.
bila try pam mmg da xmsuk angin da.
aku ckp ngn buati g jek cari mana2 kedai moto biar aku tinggal kt shell.
tp muka buati cm berat jek nk pergi.
aku ckp xpe...nnt aku srh la sedara-sedara len yang nk blk kg amik aku kt situ.
pastu buati ckp nk tggu skali pulak.
"eh...xde .xde. pergi la. b ok la dok cni."
pstu dengan muka serba slh buati pergi gak.
"sorry" katanye smbil berlalu pergi.
tggl la aku kt situ sorg-sorg cm minah jual minyak da rupenye.
da sesuai sgt la kn...sbb muka pn da berminyak-minyak.

ada la dlm 10 minit kot aku kt shell tu. kehulu kehilir.
nk dok lama-lama kt depan pintu msuk tu..aku da nek segan.
pergi la pulak aku sebey area-area yang bole mnyorok.
try jengah dalam surau, ramai org.
mengintai kt area toilet, beratur org nk gne.
kompem busuk klo rmai-rmai owg ni. eeeeeeeeuuuuwwwwwww..
so..menyorok la aku kt belakang surau. 
smbil main game kt handphone.

agk-agk ujan da  reda jap....aku berjalan kaki pulak plan nk ke mc d.
tapi sekerat jln je. terase jauh pulak mc d tu.
aku dok menyinggah kt depan hotel.
lepak kt tangga hotel.
agk2 la kan..kiki.
sebab ada owg len dok situ yang aku dok skali tu.hehe.

tapi aku dok kt tangga yang jauh sket.takut kne halau.
kalau ada toll gate girl ni bole part time kejap.
agk-agak korang ktne ni?

agk sede la time ni. dok mntk smpati kt rmai owg. pinky n kak ngah. mntk dorg amik aku. tp buati ckp klo dia cepat dia dtg blk.
aku berserah n pasrah je la kan.
tapi aku yakin...ramai yang akan menyelamatkan aku. ramai org sayang la katakan.
wah.perasan mak enon ni.
lepas aku dpt wat rekod baru kt game hp, dalam setengah jam melanguk..buati mnjengahkan diri smbil tersenyum-senyum.
aku pun senyum la jgk..xkn nk masam kan.
kesian buati mengharung trafic yg bertentangan untuk mendapatkan aku.
nek moto pn..ape ada hal.
but still..MY HERO!! pst.pst.kang x ckp kang kene mrh.

ok. kasi shortcut. penat da nak taip n piki lagi nk taip ape.

pastu perjalanan diteruskan ke bangi.
smpai-sampai terus gerak ke kampung.
dengan pening, sakit perut sume..
haih! mcm-mcm satu hari tu.
mls da aku nk cite.
ni pun da rasa pnjang.
bye.
 

 






















Tuesday, January 25, 2011

kisah bubur ayam 3

YUHHHHUUUUU...
bertemu kembali kite untuk kisah yang seterusnye.
wah...kemain yuhu lg ko ae.da xreti bg salam?western kekdahnye. 

Untuk hari2 yang seterusnye..perniagaan mereka berjalan lancar.
hasil jualan masih sama seperti yang sebelumnye.
eh.jap.pemudi kene baca balik part 2.nnt kang cite berterabur.
silap! hari yang seterusnye jualan bubur ayam si pemuda berkurangan.
dengan sedenye si pemuda mengsms si pemudi.
"satu pn x dpt lg ni b.aduhai."
si pemudi membalas
"sabarla honey..ada tu nnt.jgn risau eh!"

ketika si pemudi smpai ke rumah selepas kerja, dia menelefon si pemuda...
"cmne honey?"
"baru 3"
"yeke...takpela.slow2 ae."
sgt supportive kn ini pemudi?hik.

dan selepas matahari melabuhkan tirainye..kot la matahari tu ada langsirkan. si pemuda mula berkemas dan pergi mendapatkan si pemudi. si pemuda menyatakan cuma 6 bekas yang dapat dijual. si pemudi menyabarkan si pemuda agar tidak berputus asa dan masih bersyukur dgn rezeki hari ni smbil sedikit seronok kerana dpt menikmati bubur ayam si pemuda smpai lebam sambil menghayunkan bdn ke kiri ke kanan. sedapnye.sedapnye. si pemuda tidak dapat berbuat ape kerana memang telah termaktub dalam perjanjian bahawa bubur yang tidak habis akan diselesaikan oleh si pemudi kesayangannye yang buncit itu. "nasib! nasib!".keluh si pemuda dalam hati."ala..buncit sket je pn" balas si pemudi juga di dalam hati. telepati sungguh. ajaib.

hari seterusnye..ketika si pemudi dalam perjalanan pulang dari kerja, si pemuda menelefon si pemudi.

"b kt mana?"
"on the way balik. kt titiwangsa."
"ok. abang tggu ae."
"eh? x berniaga ke hari ni?"
"tu ar . adoiyai..nnt la abg cite."
"ok. ok. tggu ae nnt b smpai."


si pemudi tertanya-tanya ape yang telah terjadi pada si pemuda. adakah barang-barang jualannya di hangkut oleh DBKL? cuma itu jelah satu-satunya yang mungkin terjadi apabila mendengar keluhan si pemuda sebentar tadi. si pemudi berasa risau.


sesampai sahaja di stesen LRT, si pemudi disambut mesra oleh si pemuda.


si pemudi : mana kete?
si pemuda : kete kt rumah.
si pemudi : ala...baik xpyh. PAPP! kasi pukul siket. pukul manja je pun.hihi. penat ni jalan kaki. igtkan nek kete. ok. cpt la cite.
si pemuda : x. bubur tu. abang ingatkan abang wat byk tadi. 
si pemudi : nape?
si pemuda : 15 minit je abang kt situ tadi b. habis. tapi dpt 20 bekas jek. abang igt abg da wat banyak.
si pemudi : ala...yeke? 15 minit je habis? ala...nape x wat banyak.
si pemuda : tu ar. rugi. rugi. abang x siap angkut brg lagi td da ada owg minta. nak cepat.
si pemudi :  iye? kalau wat banyak kn best.
si pemuda : eh .takpe. kena bersyukur. Allah marah nnt.
si pemudi : aah kan. syukur. syukur. so proud of u la honey.
si pemuda : hehe..kalau abang wat byk td kan best.
si pemudi : kan? tu la honey..adoi.nape x wat banyak.
si pemuda : adoi...tula.abang igt da wat banyak.
si pemudi : eh. x baik. xbaik. syukur cpt.
si pemuda : syukur. alhamdulillah. tapi nape la abg x wat banyak.
si pemudi : eh...SYUKURlah!


"alhamdulillah. moga semuanye berjalan lancar dan rezeki kamu bertambah dari hari ke hari wahai pemuda. amin."







Wednesday, January 19, 2011

ape nk cite eh?

tade ape pun nk cite..
sebab hidup makin bosan..
kerja lagi la bosan..
*sigh*


mak soh apply jadi polis.
layak ke aku?
byk criteria yang wat x lepas nnt
lembik, cepat meleleh, stamina x kuat
yang plg penting...
xrase ke diri ni da tua? 
ntah-ntah da terlebih had umor.

klo apply jadi cikgu plak cmne ek?
dlu masa muda ada jek yg offer untuk tolong.
tapi alasan aku utk diri sendiri..
reti ke aku mengajar?
phm ke bdk2 nnt?
klo dorg tye tapi aku xdpt jwb cmne?

AAAAHHHHHH!!
byk sgt alasan aku
tgk skrg!
umur da lanjut baru la terbukak hati.

klo jadi polis kang...
segan lak kt polis-polis muda yg kuat lagi tu.
klo jadi cikgu kang...
garang sikit, aku dapat gelaran andartu pulak.

"alasan demi alasan.
smpai bila-bila la kau di takuk lama."

PADAN MUKA AKU!

Friday, January 14, 2011

kisah bubur ayam 2

keesokan harinya si pemuda semakin berkobar-kobar utk membuka perniagaan. dengan cadangan yang di berikan oleh si pemudi pada hari sebelumnye, si pemuda berhasrat utk menganjakkan sedikit 'restoren' mereka ke kawasan yang lebih menjadi laluan penumpang-penumpang LRT. 

hari si pemuda dimulakan dengan..celik mata. bangun dari tdo. gosok gigi. breakfast. hisap rokok berbatang-batang. dan membeli sedikit keperluan memasak bubur ayam. agknyela kot. pemudi xtau. sbb pemudi g keje. si pemudi cuma dapat menghantar mesej kepada si pemuda "berniaga leklok tau arini. bykkn sabar." dan berdoa dari kejauhan. cewahhhh..kata si pemudi. hikhik.

setelah bubur hampir siap..si pemuda mengecilkan api untuk mereneh bubur tersebut. dia kemudiannya keluar menuju ke kereta untuk mengalihkan kereta lebih dekat ke kawasan rumah sebab mana nak larat kn angkat bubur berat-berat jauh pula tu parking kete. eh.intonasi lari.kejarrrrrr....tiba-tiba, jeng!jeng!jeng!..ujian mendatang. kete si pemuda tak bole start. si pemuda sedikit kecewa dan menelefon si pemudi dan memberitahu berita tersebut. si pemudi memberikan beberapa cadangan melalui mesej :
"honey try tanye pakcik jual pisang tu kot2 dia ada jumper. sabar ek."
"xde. aduhai"
"ala..cmne ek. kesian honey..sbr ek.abg kedai makan tu klo ada. bykkn sabar tao"

beberape minit kemudian telefon si pemudi berdering lagi.
si pemuda : pakcik tu xde jumper la b.cmne ni.
si pemudi : yeke.honey sabar ye.hmmmmm...cmne ek?
si pemuda : xpela.abg try g workshop la. pggl dorg dtg.
si pemudi : nek ape?
si pemuda : nek teksi.
si pemudi : ok.sbr ye honey.
si pemuda : nnt abg tipon.bye.

si pemudi menjadi gelisah. tidak senang duduk. kesian dengan nasib si pemuda yang dicintai nya itu. hilang sudah segala amarah si pemudi terhadap si pemuda pada malam sebelumnya. smbil-smbil tu si pemudi turut menghantar mesej kepada si pemuda bertanyakan khabar tp langsung tidak di balas oleh si pemuda. si pemudi mulai risau kerana memikirkan  sifat panas baran si pemuda. 

lebih kurang 30 minit kemudian si pemuda menelefon si pemudi.
si pemudi : cmne honey?
si pemuda : da ok da. da bole start.tp...aduhai. bubur pulak hangit. abg lupa. abg igt kuar kejap je td nk alih kete. cmne ni b?klo abang msk lain sempat x?
si pemudi : yeke?sbr tao. itu jela yang mmpu pemudi ckp.sbr.sbr.sbr. sempat jek. semalam kan kul 5.30 baru rmai org. 
si pemuda : ok.abg nak msk la.bye.
si pemudi : ok. lov....erk. lorrr. da letak?

dengan tangkasnya si pemuda berlari ke kedai untuk mmbeli santan dan kembali ke rumah. apabila smpai di rumah, dia memotong bawang dan bhn-bhn yang sewaktu dengannya. tidak lama kemudian, dia mendapati santan yang dibeli tadi mempunyai perisa pandan. pulok?? betapa kecewanya si pemuda dengan kelalaian dan nasib menimpa dirinya pada hari itu. si pemuda lantas meninggalkan segala kapaulandau di dapur smbil mencapai rokok dunhill dan menghisap sedalam-dalamnya smbil menekan remote TV untuk menonton rancangan dirty job dan membaringkan diri kepenatan.

apabila si pemudi pulang dari kerja, si pemuda menceritakan segala yang berlaku dari mula hingga akhir. meminjam motor pakcik jual pisang ke workshop, keengganan pekerja workshop yang tidak bole meninggalkan workshopnye, usaha meminjam jumper workshop dengan meninggalkan pasport sebagai cagaran, mencari kereta untuk di jump kan, santan yang tersalah beli. tsk.tsk.tsk.sede T_T


"moga Allah memberi kesabaran yang menggunung pada kamu, wahai si pemuda."

Wednesday, January 12, 2011

kisah bubur ayam 1

hari senin yang lepas bermula episod berniaga sepasang kekasih yang bergelar 'tunang'.
nak cari duit kawen kekdahnye.
si pemuda berkata : abg harap hari ni adalah titik pemulaan utk abg berniaga.
si pemudi hanya tersenyum tanda sokongan.
si pemuda memang telah lama berhasrat untuk berniaga.
dan sebagai permulaan..si pemuda cuba utk berniaga bubur ayam.

bubur ayamnya memang sedap.
si pemudi terlalu sukakan bubur ayam si pemuda.
setiap suapan bubur akan diiringi dengan hayunan badan kiri kanan dan memek muka kesedapan.
kesedapan?len mcm jek!hik.
dan  pemuda akan tersenyum bangga.

si pemudi : sedapnyeeeeeeee..bole wat jual ni.
si pemuda : yeke?betul ke bole jual. sebab abang terfikir nk berniaga ni. tapi xtau nk jual ape.
si pemudi : betul.sedap sgt.
si pemuda : betul ae.abang nk jual bubur la cmtu.
si pemudi : ok.bole bole.

maka setelah meriki tempat dan mmbeli brg-brg keperluan, bermula la episod berniaga mereka. si pemudi menghantar mesej kepada opis untuk bercuti pada hari tersebut sebagai tanda sokongan dan ingin mmbantu si pemuda. mesej pemudi di balas dengan
"nape ye?" 
dan pemudi rasa mcm nk jawab...
"suke ati aku la.keje pn gaji dpt setengah jek.mls la aku nk keje." 
tapi itu cuma di dalam hati pemudi. maka mesej dibalas dengan 
"owg kt kg ni. nk blk smlm tiket abis.".
si pemudi memang kaki kencing.

tepat jam 4.15 pm, si pemuda mengangkut segala bubur, kerusi etc. dan si pemudi cuma mmbawa bekas duit sahaja. itula sifat pemuda sejak dahulu. tidak mahu membebankan tunangnya. setelah semuanya siap, kereta di pandu ke LRT berdekatan dan pemuda mengeluarkan segala barang-barang dari dalam kereta sementara si pemudi mensetup ape patut. utk pertama kalinya berniaga, si pemuda cuba tampil ceria manakala si pemudi segan nak mampos (kalau bole nk berniaga belakang tiang) tapi tidak ditunjukkan pada tunangnya. 

sejam pertama, pasangan ini hampir give up kerana tidak ada sorang pun yg cuba tampil utk mmbeli bubur ayam si pemuda. sayu hati si pemudi melihat gelagat si pemuda yang berubah-ubah. sekejap gelak, sekejap termenung. si pemudi  menasihatkan si pemuda agar banyak bersabar dalam berniaga kerana adat berniaga ada turun naiknya. si pemuda akur dan mula belajar untuk bersabar. cuaca ketika itu agk mendung. kelihatannya cuma mamak jual cendol yang laku kerana  si pemuda 2x berulang alik mmbeli cendol pulut kegemarannya! si pemuda juga hampir melakukan buah jambu seberang jalan tetapi kerana sifat malu masing-masing (segan agknye kot-kot makcik jambu ni tanya pape), hasrat melakukan jambu makcik tersebut terbatal.

pada saat-saat si pemuda hampir berputus asa dan tidak kisah sekiranya bubur ayam tersebut tidak laku, seorang minah yang baru melintasi  'restoren' mereka, telah berpatah balik untuk mmbeli bubur ayam tersebut dan dilayan oleh si pemudi. alhamdulillah..pasangan tersebut sgt bersyukur. dan semangat pasangan tersebut kembali pulih dan si pemuda semakin bertenaga.

"bubur!bubur!bubur ayam!!"
laung si pemuda.

hikhik. si pemudi tersengih-sengih kerana wat pertama kalinya dia melihat tunangnye begitu. mereka bertekad utk mendapatkan lebih ramai pelanggan kerana keuntungan yang baru diperolehi dari minah td cuma dpt mengcover harga satu cendol pulut yang telah dibeli si pemuda. hikhik.

hampir pukul 7.30pm..penumpang-penumpang LRT semakin berkurangan dan mereka mmbuat keputusan utk beredar dan pulang dengan hati yang seronok kerana hasil jualan melepasi  target mereka kerana dapat menjual 12 bekas bubur ayam pada hari pertama berniaga. alhamdulillah. 

" moga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kamu wahai si pemuda."










indie vs reality

arrrrrghhhhhhhhhhhh..
kenapa bah?kenapa bah?kenapa bah?


aku nk yuna.aku nk yuna.
nape bukan yuna?
kemain menjerit lagi aku bila..

"juara lagu yang ke 25, komposernye, penulis lirik dan penyanyi orang yang sama..."

yeay!!!!!!!!yeay!!!!!!
smbil angkat tgn. dlm hati igt yuna.

"ana rafali.tlg igtkn aku."


hek?ppffffftttt..
ala........ala........
tau xpyh tgk.
kemain tegak lagi bulu roma aku masa yuna nyanyi..
tp satu ape pn yuna x dpt??
kurang2 ko kasi la vocal terbaik ke..
aku xsuke ana rafali..
gedik.gedik.
xcaye?
pg dgr lagu 'kalau berpacaran' tu.
grrrrrr..berbulu aku dgr part dia nyanyi.


lgpun ramai yg protes dengan kemenangan dia kn.
bagus.bagus.
bukan aku sorg jek yg x setuju.
aku smbil menonton smbil jadi juri tu.
siap ada markah lagi.
hehe....
chekidaut!


aku si tukang tilik.


tilikan si buati. xnmpk kn? nsb la..
undian adalah rhsia.
meniru adalah dilarang sekeras-kerasnye.

aku pun xphm ape pasal ktorg kemain rajin bagi markah pejadah sume ni.
x mengena pulak tu.
faizal tahir je yang sangkut.
haih...
mcm-mcm pe'el.




Friday, January 7, 2011

aku da kata da

baru dpt mesej dari housemate..
''air pulak xde ni. cmne nk g keje pn xtau ''
leceh ar...
adoiyaiiiiiiiiiiii lagi.


housemate cite mlm td blk keje kne stay lama kt bwh
sebab xde geng nak naik sama-sama.
gelap tu........
takut la kn....
then, agknye bila ada 2 org pmpuan nak nek tgga, dia join la skali.
skali ada pulak india gila mabuk dok kejar dorg.
dorg nyorok kt tempat smpah tingkat 6.ciannye.
aish...bahaya tol.
apsal x lari naik atas smbil kaki tendang jek laki tu.
biar dia tergolek2 smpi bawah.
aku ni dok kt mn ni?ttbe rs cm ddk area kwsan coket lak.

kusut pulak aiii aku rasa hidup aku ni.
mcm-mcm hal.
mslh letrik, air, gaji, skt perut peot lagi ni hah...
adeh...
lantak pi la.
ni gas kt uma dah abis.
klo aku tipon kedai..nk ke dorg agkut smpai tgkt 17?
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



SSSSTTTTTTTREEEEEEEEEEESSSSSSSSSSSSSSSS
 
adoiyai.

kalau bole aku nk letak tajuk mencarut-carut je kt sini tp harini ari jumaat..so,assalamualaikum!

ptg semalam balik keje ada seprise rupenye yang menanti kt rumah.

LIF TAK FUCTION!!!!
kemain haram lagi.
adoiyai....
rumah aku tingkat 17 pulak tu.

uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

TNB wat operasi besar-besaran.
semua rumah-rumah yang x bayar letrik kene potong.
management office x berapi. lif x function. lampu koridor tarak.
TNB nak ajar penghutang-penghutang kt apartment aku tu..
ada yang aku tgk hutang letrik smpai 15k ko..
mampos nk menyetelkn nye.
abis xkn dengan aku aku sekali diheret kot.
b*b* ahhhhh !!

rumah aku tingkat 17 weiiii...
melampau la cmni.
kalau xde letrik, cmne pump kt tank atas nk fuction?
abis lepas ni xde air pulak ke?
adoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

pening trn tangga pagi td pun x abis lagi ni..
cmne nk panjat blk ptg kang...


adoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Monday, January 3, 2011

azam

happy new year u ol!!


maklumla, msuk opis baru la ada pc + intenet.
dan barula bole update blog.
jadinye..dah 3hb baru aku nk wish.ala-ala 'april fool' la ek.
klo hari kedua kene kan orang...jadi '2nd fool'.
ni hari ketiga new year, jadilah 'happy 3rd day new year'.
bole?

first day new year....
dimulakan dengan menjerit-jerit kt KLCC.
ni pn last minute decision.after sesi merajuk, masam muka n pujuk. 
sumpah, xnk pergi dah kot.
crowded. rasa nk pengsan pn ada. 
xde ape pun kt sane..
tolak menolak..himpit menghimpit..
tggu lagi 15 minit nk kul 12..fireworks..yeahwooyeahwoo..
balik.
itu je pun.
tgk fireworks dari balcony rumah lagi best kot.


otw balik tye buati..
  
'next-next year nk g celebrate lagi?'
'xnk' smbil mencebik bibir. 
'yeah!hi five'..PAPP!

aku rasa best lagi celebration 2009 dulu kot.
kat hotel area mines.
lupa da kot nama hotel tu.
ada beach games.
n bile rmai da balik..
siap ada tiger show tertutup lagi ko.
nasib baik x balik lagi. hikhik.
astagfirullahalazim..<<< antara azam taun baru??bertaubatlah!

paginye bgn pukul 10.00am.
yang ni mmg xkn berubah.
azam la cmne pn..
mata aku xkn terbukak seawal kul 7.00 atau 8.00..
melainkn kalau pundi kencing da menjerit-jerit.
itu pn siap smbg blk..
mmg saje je la tu mintak jeritan dari ibunda.
'Bangun!!!! da bgn dia bole tdo blk pulak.'
ini kalau kt kg la.

tghari g tesco ampang.
sbb terpengaruh tgk iklan dlm metro masa breakfast.
itu murah, ini murah.
smpai-smpai sume yg murah tu da abis.phew.  
lgpun nak memenuhkan peti ais yang da kosong.
asal nk masak je..kne trn g kedai.
xnk da cmtu.
azam : peti ais kasi peno. 
excuse : kalau xde duit atau gaji lambat.

sonok sgt soping brg kt tesco.
smpai lupa mkn.
azam : kurangkan mkn.diet.buncit kasi kempis.
excuse : kalau buati pkse mkn.


ptg g Tasik Titiwangsa mcm selalu.
bkn jln-jln. beli jambu n air tebu. duduk. dan mngutuk orang yg lalu lalang lagi tau.
tapi g jogging. huhu..
2,3 tahun da x jogging ni. 
semangat! 
2 round okey.
tapi byk jln dr lari la.
itupn kene tggl ngn buati.
ibarat jogging sorang-sorang la aku ni.
azam : jogging.jogging.jogging.
excuse : kaki kerem. xde geng. sume suar jog dlm laundry x reti-reti nk basuh.


masa tengah jogging terfikir..
'ni kompem-kompem bdk yg duduk-duduk smbil mkn jambu n air tebu kutuk aku lak.'
haha. what goes around comes around. jadi....
azam : renti-renti kan la dok ngumpat org, kasut org, baju org.
excuse : kalau buati yang start dlu. 

malam tu tgk buletin utama terkejut.
faizal yusof meninggal. heart attack.
ramai yg meninggal muda sekarang.
*insaf*
sebab rokok ke?
tp da mmg ajal ek.
rokok tu asabab nye.
azam : push.push n push buati kurangkan hisap rokok.
excuse : xpyh nk excuse-excuse. pkse gak. 


mlm tu mkn bubur ayam jek.
sepiuk peno.
sbb sedapppppppppp....
pstu tdo.
ZZZZZzzzzZZzzzzz
azam : tdo awal. pulangkan panda punya mata balik.
excuse : no excuse plssss..byk nau excuse ko. cmne nk capai azam??



hish...byk lagi azam aku klo nk taip kt sini.
yang penting target aku tahun ni 
BERDUIT dan KAWEN
doa-doakan aku ae, korang. 
mmmuah!