Wednesday, January 12, 2011

kisah bubur ayam 1

hari senin yang lepas bermula episod berniaga sepasang kekasih yang bergelar 'tunang'.
nak cari duit kawen kekdahnye.
si pemuda berkata : abg harap hari ni adalah titik pemulaan utk abg berniaga.
si pemudi hanya tersenyum tanda sokongan.
si pemuda memang telah lama berhasrat untuk berniaga.
dan sebagai permulaan..si pemuda cuba utk berniaga bubur ayam.

bubur ayamnya memang sedap.
si pemudi terlalu sukakan bubur ayam si pemuda.
setiap suapan bubur akan diiringi dengan hayunan badan kiri kanan dan memek muka kesedapan.
kesedapan?len mcm jek!hik.
dan  pemuda akan tersenyum bangga.

si pemudi : sedapnyeeeeeeee..bole wat jual ni.
si pemuda : yeke?betul ke bole jual. sebab abang terfikir nk berniaga ni. tapi xtau nk jual ape.
si pemudi : betul.sedap sgt.
si pemuda : betul ae.abang nk jual bubur la cmtu.
si pemudi : ok.bole bole.

maka setelah meriki tempat dan mmbeli brg-brg keperluan, bermula la episod berniaga mereka. si pemudi menghantar mesej kepada opis untuk bercuti pada hari tersebut sebagai tanda sokongan dan ingin mmbantu si pemuda. mesej pemudi di balas dengan
"nape ye?" 
dan pemudi rasa mcm nk jawab...
"suke ati aku la.keje pn gaji dpt setengah jek.mls la aku nk keje." 
tapi itu cuma di dalam hati pemudi. maka mesej dibalas dengan 
"owg kt kg ni. nk blk smlm tiket abis.".
si pemudi memang kaki kencing.

tepat jam 4.15 pm, si pemuda mengangkut segala bubur, kerusi etc. dan si pemudi cuma mmbawa bekas duit sahaja. itula sifat pemuda sejak dahulu. tidak mahu membebankan tunangnya. setelah semuanya siap, kereta di pandu ke LRT berdekatan dan pemuda mengeluarkan segala barang-barang dari dalam kereta sementara si pemudi mensetup ape patut. utk pertama kalinya berniaga, si pemuda cuba tampil ceria manakala si pemudi segan nak mampos (kalau bole nk berniaga belakang tiang) tapi tidak ditunjukkan pada tunangnya. 

sejam pertama, pasangan ini hampir give up kerana tidak ada sorang pun yg cuba tampil utk mmbeli bubur ayam si pemuda. sayu hati si pemudi melihat gelagat si pemuda yang berubah-ubah. sekejap gelak, sekejap termenung. si pemudi  menasihatkan si pemuda agar banyak bersabar dalam berniaga kerana adat berniaga ada turun naiknya. si pemuda akur dan mula belajar untuk bersabar. cuaca ketika itu agk mendung. kelihatannya cuma mamak jual cendol yang laku kerana  si pemuda 2x berulang alik mmbeli cendol pulut kegemarannya! si pemuda juga hampir melakukan buah jambu seberang jalan tetapi kerana sifat malu masing-masing (segan agknye kot-kot makcik jambu ni tanya pape), hasrat melakukan jambu makcik tersebut terbatal.

pada saat-saat si pemuda hampir berputus asa dan tidak kisah sekiranya bubur ayam tersebut tidak laku, seorang minah yang baru melintasi  'restoren' mereka, telah berpatah balik untuk mmbeli bubur ayam tersebut dan dilayan oleh si pemudi. alhamdulillah..pasangan tersebut sgt bersyukur. dan semangat pasangan tersebut kembali pulih dan si pemuda semakin bertenaga.

"bubur!bubur!bubur ayam!!"
laung si pemuda.

hikhik. si pemudi tersengih-sengih kerana wat pertama kalinya dia melihat tunangnye begitu. mereka bertekad utk mendapatkan lebih ramai pelanggan kerana keuntungan yang baru diperolehi dari minah td cuma dpt mengcover harga satu cendol pulut yang telah dibeli si pemuda. hikhik.

hampir pukul 7.30pm..penumpang-penumpang LRT semakin berkurangan dan mereka mmbuat keputusan utk beredar dan pulang dengan hati yang seronok kerana hasil jualan melepasi  target mereka kerana dapat menjual 12 bekas bubur ayam pada hari pertama berniaga. alhamdulillah. 

" moga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kamu wahai si pemuda."










3 comments:

  1. amin...mudah2an brjaya k.kalo xabis anto kat aku eh...hehehehhee

    ReplyDelete
  2. nak order bubur ayam satu.. hntr time lunch eh.. menu diet kan ni? hehe

    ReplyDelete
  3. liza : amin. dtg amik sndri la ek.hihi.

    k.long : ni menu menggemukkan sbb sedap..rs xnk benti mkn. sepiok pn bole habis. kiki.

    ReplyDelete