Friday, January 14, 2011

kisah bubur ayam 2

keesokan harinya si pemuda semakin berkobar-kobar utk membuka perniagaan. dengan cadangan yang di berikan oleh si pemudi pada hari sebelumnye, si pemuda berhasrat utk menganjakkan sedikit 'restoren' mereka ke kawasan yang lebih menjadi laluan penumpang-penumpang LRT. 

hari si pemuda dimulakan dengan..celik mata. bangun dari tdo. gosok gigi. breakfast. hisap rokok berbatang-batang. dan membeli sedikit keperluan memasak bubur ayam. agknyela kot. pemudi xtau. sbb pemudi g keje. si pemudi cuma dapat menghantar mesej kepada si pemuda "berniaga leklok tau arini. bykkn sabar." dan berdoa dari kejauhan. cewahhhh..kata si pemudi. hikhik.

setelah bubur hampir siap..si pemuda mengecilkan api untuk mereneh bubur tersebut. dia kemudiannya keluar menuju ke kereta untuk mengalihkan kereta lebih dekat ke kawasan rumah sebab mana nak larat kn angkat bubur berat-berat jauh pula tu parking kete. eh.intonasi lari.kejarrrrrr....tiba-tiba, jeng!jeng!jeng!..ujian mendatang. kete si pemuda tak bole start. si pemuda sedikit kecewa dan menelefon si pemudi dan memberitahu berita tersebut. si pemudi memberikan beberapa cadangan melalui mesej :
"honey try tanye pakcik jual pisang tu kot2 dia ada jumper. sabar ek."
"xde. aduhai"
"ala..cmne ek. kesian honey..sbr ek.abg kedai makan tu klo ada. bykkn sabar tao"

beberape minit kemudian telefon si pemudi berdering lagi.
si pemuda : pakcik tu xde jumper la b.cmne ni.
si pemudi : yeke.honey sabar ye.hmmmmm...cmne ek?
si pemuda : xpela.abg try g workshop la. pggl dorg dtg.
si pemudi : nek ape?
si pemuda : nek teksi.
si pemudi : ok.sbr ye honey.
si pemuda : nnt abg tipon.bye.

si pemudi menjadi gelisah. tidak senang duduk. kesian dengan nasib si pemuda yang dicintai nya itu. hilang sudah segala amarah si pemudi terhadap si pemuda pada malam sebelumnya. smbil-smbil tu si pemudi turut menghantar mesej kepada si pemuda bertanyakan khabar tp langsung tidak di balas oleh si pemuda. si pemudi mulai risau kerana memikirkan  sifat panas baran si pemuda. 

lebih kurang 30 minit kemudian si pemuda menelefon si pemudi.
si pemudi : cmne honey?
si pemuda : da ok da. da bole start.tp...aduhai. bubur pulak hangit. abg lupa. abg igt kuar kejap je td nk alih kete. cmne ni b?klo abang msk lain sempat x?
si pemudi : yeke?sbr tao. itu jela yang mmpu pemudi ckp.sbr.sbr.sbr. sempat jek. semalam kan kul 5.30 baru rmai org. 
si pemuda : ok.abg nak msk la.bye.
si pemudi : ok. lov....erk. lorrr. da letak?

dengan tangkasnya si pemuda berlari ke kedai untuk mmbeli santan dan kembali ke rumah. apabila smpai di rumah, dia memotong bawang dan bhn-bhn yang sewaktu dengannya. tidak lama kemudian, dia mendapati santan yang dibeli tadi mempunyai perisa pandan. pulok?? betapa kecewanya si pemuda dengan kelalaian dan nasib menimpa dirinya pada hari itu. si pemuda lantas meninggalkan segala kapaulandau di dapur smbil mencapai rokok dunhill dan menghisap sedalam-dalamnya smbil menekan remote TV untuk menonton rancangan dirty job dan membaringkan diri kepenatan.

apabila si pemudi pulang dari kerja, si pemuda menceritakan segala yang berlaku dari mula hingga akhir. meminjam motor pakcik jual pisang ke workshop, keengganan pekerja workshop yang tidak bole meninggalkan workshopnye, usaha meminjam jumper workshop dengan meninggalkan pasport sebagai cagaran, mencari kereta untuk di jump kan, santan yang tersalah beli. tsk.tsk.tsk.sede T_T


"moga Allah memberi kesabaran yang menggunung pada kamu, wahai si pemuda."

No comments:

Post a Comment