Monday, August 22, 2011

wordless monday

bole? ok xbole..wednesday dgn saturday jek bole. lain la kalau aku ingat arini ari rabu kn?wahahahaha. terase ke? eh. bukan tok ko la. eh. da cm gila plak ckp sorang-sorang. lagi pun aku mana bole letak gmbr cmtu jek. mesti nak ber word word punya. nk gak share jalan ceritanya.

alkisahnya ada satu kereta ni kemain laju lagi. sebatu jauh da bole dgr deruman enjin nye. lepas jek dia potong kereta aku, ada satu selekoh dan dia drift. "amboiiii..berlagak je rupeee.....MAMM....MPOSSSS!!" kenapa mampos? sebab tgh aku ckp tu..depan mata aku kereta tu melayang PPPOOOMMM! langgar pokok. so, mampos tu keluar secara spontan. dan slow motion smbil dahi berkerut, mulut mnganga. tidak la aku mendoakan dia mampos. spontan tu. jahat kan mulut aku? nak wat cmne. da kata spontan. huhu.








tapi kalau dengan aku-aku terlibat tadi, memang xde la spontan nye. memang mampos tu tok dia. dlm 50 meter je kot jarak dgn aku. buatnye plak kereta tu tergolek-golek terpelanting ke aku. tak ke aku yang mampos? dah sape pulak nak pakai baju raya aku yang 4 pasang tu. haha. jap lagi ada la yang menyahut kt komen tu kang nk tolong pakai kan.

apa yang aku perasan, kereta tu drift masa selekoh ke kiri, pastu bila jalan lurus balik, dia nk balas balik la stereng tu kot, tapi terlebih balas, kereta pulak laju, tu yang terbabas tu.

lepas kejadian tadi memang berderau la darah aku. aku igt driver dia da terkulai sbb nampak kepala terkeluar. rupanya dia nk kuar cermin depan yang dah pecah tu. cedera sikit je kt tangan. paling banyak pun bintat je kot sebab langgar pokok banyak kerengga. haha. kalau tgk kt kereta tu, kan ada bendera malaysia sekali dgn nama tu kan? dah mcm drifter profesional da. tapi aku rasa yang bawak ni budak lagi. atau pun ni kereta pinjam. ataupun dia ni antara poser yang konon-konon mcm bagus jek siap nak letak nama kt kereta mcm drifter profesional. sebab klo pro dia x wat drift kt jalan-jalan awam ni. bongok!

kalau arwah tadi, xdela aku nak membongok kan dia. alfatihah dah smbil buat entry yang sedih sedih ala-ala trauma sekejap aku jadinya. alhamdulillah la xde pape jadi kat ko budak. malam ni sila pergi sembahyang terawih ye! *sama la ngn ko yang tgh menaip ni*







notalutut : lupa nak amik nombor kereta kot-kot bole buat modal nak raya dan kawen.


Thursday, August 18, 2011

kuching #1

rasa-rasa macam aku nk letak terus je folder gambar-gambar kt kuching tu kat sini. malas nk cite-cite. korang pun mst nk tgk gmbr je kan?letih plak aku nnt nk upload gmbr satu-satu. adehhhhhhhhhhhhhhh...(mengeluh siap-siap dulu)

                                                             15hb Julai

sesampai je aku kt Kuching, terus melabur kat jamban. welcome gift dari aku untuk Kuching.
eh, aku yang datang, aku pulak yang bg hadiah ek. Setel imigresen dan bag sume, pergi pulak cari para pelancong flight pertama yang dah kebosanan menunggu ketibaan pelancong flight kedua ni. kereta sewa dah dapat. tapi masalah hotel pulak. da siap booking dan kol hari-hari, bila smapi bole pulak full hotel tu sebab orang extend semalam lagi. hangsuang betul. da la xtau jalan. nk mencari hotel lain pulak satu hal. so...kesimpulannya, belasah je hotel ape yang terlintas di tepi jalan tu. asal bangunan nmpk cantik dan rasa-rasa bangun tidur x beralih tempat ke toilet sudah. so..kereta pun terlintas la di tepi Hotel Borneo. rate ok. room ok. toilet ok. belasah!

settle check in dan angkut segala beg dalam perut kereta, kitorang pun dgn semangat yang jitu dan perut yang lapar terus mencari jalan untuk ke Sarawak Cultural Village menggunakan GPS. tp  separuh jalan semangat terus terkubur bila fikir 'sekarang da pukul 2 pm, baik pergi esok je. nak makan lagi. pukul bape nk smpai?'. berpatah la balik ke Satok. menuju ke RJ Ayam Penyet.



 
Misi diteruskan ke Kuching Waterfront. berduyun-duyun orang turun bot tambang dari seberang bawak kek lapis. yang mak-mak ni teruja la nk ke sana. kami yang kecil-kecil ni ikutkn aje ( to be continue......)


sudah silap la..pergi muzium sarawak dulu rupanya. hehe. baru teringat. free je masuk muzium ni. tapi xbole tangkap gambar. so, layankn aje gmbr-gmbr depan muzium ye.

kaklong n family

cik ani n family
dari  kiri : wayang kulit, beruk makyeh, aduh..xtahan nk berak dan robocop

hasil terbaik selepas 10x lompat. *sigh*
ok. sekarang bole sambung ayat di atas . 


Misi diteruskan.............................................................kami yang...............................................ikutkan aje. melompat la memasing naik bot tambang 50sen seorang. si azril kejap duduk belah kiri, kejap duduk belah kanan, nak bagi balance bot takut senget dan tumbang.







Kilang Kek Lapis Dayang Salha ni ada memacam jenis kek lapis. lazat-lazat belaka. tester pun banyak. nk mkn smpai sendawa pun boleh. letih aku tgk dorg ni nk menyiapkan satu kek. kejap masukkn, kejap kuar kan..becak ketiak dok depan oven xbole gerak-gerak.

gmbar yang sgt tak berkualiti.


berjalan pulang dgn girang smbil memeluk kek lapis

Habis kt situ, berpatah balik kami ke Kuching Waterfront. jalan-jalan kt situ. amik pemandangan Sungai Kuching yang "OMG!banyaknye sampah?? ooOOoo. sebab baru lepas hujan kot" jalan-jalan, benti amik gambar, duduk jap penat, amik gambar, jalan lagi, tukar selipar ngn sape-sape yang sakit kaki, amik gambar lagi dan lagi dan lagi..

dari atas ke bawah : bangunan ADUN dan kuching waterfront.







jalan punya jalan punya jalan, sampai la tetibe jumpe tempat jual souvenir. apa nama bangunan tu aku pun da x igt. gambar tarak. suma orang beli souvenir macam kan da nak balik Semenanjung pulak! aku je x beli. esok kan ada lagi.

then dalam pukul 7.30 pm patah balik ke waterfront. smbil jalan smbil duduk smbil amik pemandangan malam smbil berkejar-kejaran smbil main nyorok-nyorok smbil mengunyah dan macam-macam lagi la. dan hasilnya....


 BELENGAS!

on the way tu nmpak ada group tgh set up stage, check alat music and dancer tgh make up. so..tggu la kt situ smbil makan malam terus. burger n kebab. xsedap! 


dalam pukul 8.30pm, show pun start. syok gak layan tarian kaum-kaum yang ada kt Sarawak ni. tp ada lagi satu group dari Indonesia. lagi comel-comel dancer nya. gambar x ambil pulak. masing-masing melopong kot tengok dorang menari. tapi video ada..nak tgk?


video ni kalau tuan badan tak approved, akan di delete. so tatap la korang cepat-cepat sebelum arahan dikeluarkan. hahaha.





dapat tangkap kejap je video ni sbb mengelupur, mula-mula tgkp gmbar pastu baru terfikir nk amik video. pastu ttbe ilang ingatan cmne nk rakam video. so, itu jela hasilnya.


mak pun dalam ramai-ramai tu ada gak yang dia berkenan. orang hulu. tapi memang best pun dia punya show. kelakar.

seksi. geli nengok.
itu jela pun cerita hari pertama kat Kuching. habis je show tu terus balik hotel membuta. tapi dalam hayunan kaki ke kereta tu, smpat gak la memasing merembat beg sorang satu. 

ok da. nanti smbung lagi. bye.



***updated : video lebih terang, jelas dan padat. tuan badan sendiri yang kasi. so...xpayah susah-susah nak delete. suruh upload lagi, adaaaaaa..hahaha.



Wednesday, August 10, 2011

first time


Last week (eh...da last 3 weeks kot) 15hb aku mc. mc bukan sebarang mc tau sbb ianya mc beli. wahahaha. tapi baiknya aku ni letak cuti sehari jek. xpe-xpe. pasni bole beli lagi. letak sakit mata. cuti seminggu. yahooooo! aku mc sebab nak pergi melancong kt Kuching. melancong kata ko! sebab naik flight kan. anggap la melancong. kalau nek kereta, baru la dipanggil bercuti. ok? bole ek? kesian la kt aku ni. nak gak rasa ala-ala pelancong.

agk jakon kan bunyi nye. yellew..excited kau. nek flight. umur da lanjut ni baru first time nek flight.*blushing* takpe-takpe. aku yakin ada gak orang lain yang x pernah naik flight. mari ikuti jalan cerita pelancongan aku ke Kuching.


15hb Julai 2011


Seawal 4 pagi aku da bangun. flight pukul 8.20 am. huarrrrrggghhhh..ngantuk. lepak lepuk kt dapur yang wat aku terjaga. mak gigih membuat donut yang di bancuh mlm tadi. malangnye kegigihan itu menghasilkan donut yang bole mematahkan gigi palsu. hahaha.toksah nak membongak dew. suka ati je kutuk donut mak sendiri. xde la keras nau..tp xlembut lah n xbole berangan nak wat berniaga lagi.

Pung pang pung pang..kul 5.30am kitorang gerak ke LCCT. Yes. Airasia jek. cerita awal tadi mcm hebat nau flight yang aku naik tu sampai nak iktirafkan sebagai melancong kn? kiki. apakan daya..itu je yg mmpu. eh..mampu apenye. di sponsor ok! hebat aku ni. flight pergi balik dan penginapan 2 malam adalah disponsor. sedap x sedap la aku berjalan kan. tu belum lagi cerita nak di sponsor ke Bandung 2 minggu sebelum tu. sume sebab takut sangkut PTPTN punye pasal. sebelum pape terjadi baik aku tolak pelawaan tu.

berikut adalah para pelancong flight pertama yang bertolak pukul 7.10am




seterusnya pula para pelancong flight kedua bertolak pukul 8.20. tapi troli je yg ditolak masa tu, sbb flight nye bertolak 10.15 am.hangsuang!


aku ni da la nebes kemain nak naik flight tu. ko delay-delay lagi pulak. klo x delay lama da aku smpai Kuching. nebes pun da abis da. mak pun xde la penat nak melayan pertanyaan-pertanyaan aku.


satu saat...

aku : ala..sakit perut la.
mak : g la berak.
aku : bukan nak berak. sakit perut sbb nebes nak naik flight ni. mcm nak pergi intebiu takutnye. first time kan..
mak : hahaha


dua saat ....
aku : mak, no seat tu nak cari kat mana?
mak : ada nanti tulis. 
aku : dia tulis kt mana?
mak : ntah. atas la kot. tgk la nanti. ada. ala..kalau xjumpe nanti dia gtau la kt mana.
aku : nanti mak jalan dulu la ae. mak je cari no seat tu. xnak la nmpk nau org xpernah naik flight. malu...
mak : hahaha. jakun anak aku ni.
aku : illahhh??? *LOL*

tiga saat...
mak : nanti kite ada breakfast tau. nasi lemak. kaklong da order siap-siap.
aku : oooooo..ok. nnt dia bagi ke kita yang mintak?
mak : nnt dia tanye, tunjuk la kertas tu.
aku : oOoooOOOOOOOooo.
(eleh..mak pun bukan tau sgt, kak long yang da pesan n bagitau awal-awal)


so, pengalaman aku first time naik flight ni xde la menjakonkn sgt pon. no seat mcm naik bas jek. letak barang pon kt atas pale gak. lebih kurang je ngn naik bas. cume pening je la. hahahaha. cume? memang tak ar..rasa cam nak tumbang dah. lagi best bila ada sorang pakcik ni siap ckp "sorry, ni tempat saya" dengan gaya nak suruh aku dengan mak blah dari situ cecepat..sekali anak dia kat belakang ckp..."ayah. ayah..belah sini tmpt kita" kikiki. nasib baik bukan aku yang disituasi itu. mau aku pening then terus buat - buat pengsan sbb malu.  kat atas tu kemain pucat lagi aku. mabuk udara katanya. makan pun xlalu. smbil makan smbil pegang kepala. ditambah lagi dengan kerusi yang tegak semacam jek. dpt kebelakangkan pun sikit jek. pening kuasa dua la aku. dapat pula dok tepi tingkap. bile flight menyenget je..amboiyai..pening!terus tutup tingkap.


bila nmpk je Kuching, terus rasa lega. bila flight mendarat automatic hilang pening. wahhaah. gedik.


notasiku : entry kat Kuching lepas-lepas ni ek! penat.