Wednesday, August 10, 2011

first time


Last week (eh...da last 3 weeks kot) 15hb aku mc. mc bukan sebarang mc tau sbb ianya mc beli. wahahaha. tapi baiknya aku ni letak cuti sehari jek. xpe-xpe. pasni bole beli lagi. letak sakit mata. cuti seminggu. yahooooo! aku mc sebab nak pergi melancong kt Kuching. melancong kata ko! sebab naik flight kan. anggap la melancong. kalau nek kereta, baru la dipanggil bercuti. ok? bole ek? kesian la kt aku ni. nak gak rasa ala-ala pelancong.

agk jakon kan bunyi nye. yellew..excited kau. nek flight. umur da lanjut ni baru first time nek flight.*blushing* takpe-takpe. aku yakin ada gak orang lain yang x pernah naik flight. mari ikuti jalan cerita pelancongan aku ke Kuching.


15hb Julai 2011


Seawal 4 pagi aku da bangun. flight pukul 8.20 am. huarrrrrggghhhh..ngantuk. lepak lepuk kt dapur yang wat aku terjaga. mak gigih membuat donut yang di bancuh mlm tadi. malangnye kegigihan itu menghasilkan donut yang bole mematahkan gigi palsu. hahaha.toksah nak membongak dew. suka ati je kutuk donut mak sendiri. xde la keras nau..tp xlembut lah n xbole berangan nak wat berniaga lagi.

Pung pang pung pang..kul 5.30am kitorang gerak ke LCCT. Yes. Airasia jek. cerita awal tadi mcm hebat nau flight yang aku naik tu sampai nak iktirafkan sebagai melancong kn? kiki. apakan daya..itu je yg mmpu. eh..mampu apenye. di sponsor ok! hebat aku ni. flight pergi balik dan penginapan 2 malam adalah disponsor. sedap x sedap la aku berjalan kan. tu belum lagi cerita nak di sponsor ke Bandung 2 minggu sebelum tu. sume sebab takut sangkut PTPTN punye pasal. sebelum pape terjadi baik aku tolak pelawaan tu.

berikut adalah para pelancong flight pertama yang bertolak pukul 7.10am




seterusnya pula para pelancong flight kedua bertolak pukul 8.20. tapi troli je yg ditolak masa tu, sbb flight nye bertolak 10.15 am.hangsuang!


aku ni da la nebes kemain nak naik flight tu. ko delay-delay lagi pulak. klo x delay lama da aku smpai Kuching. nebes pun da abis da. mak pun xde la penat nak melayan pertanyaan-pertanyaan aku.


satu saat...

aku : ala..sakit perut la.
mak : g la berak.
aku : bukan nak berak. sakit perut sbb nebes nak naik flight ni. mcm nak pergi intebiu takutnye. first time kan..
mak : hahaha


dua saat ....
aku : mak, no seat tu nak cari kat mana?
mak : ada nanti tulis. 
aku : dia tulis kt mana?
mak : ntah. atas la kot. tgk la nanti. ada. ala..kalau xjumpe nanti dia gtau la kt mana.
aku : nanti mak jalan dulu la ae. mak je cari no seat tu. xnak la nmpk nau org xpernah naik flight. malu...
mak : hahaha. jakun anak aku ni.
aku : illahhh??? *LOL*

tiga saat...
mak : nanti kite ada breakfast tau. nasi lemak. kaklong da order siap-siap.
aku : oooooo..ok. nnt dia bagi ke kita yang mintak?
mak : nnt dia tanye, tunjuk la kertas tu.
aku : oOoooOOOOOOOooo.
(eleh..mak pun bukan tau sgt, kak long yang da pesan n bagitau awal-awal)


so, pengalaman aku first time naik flight ni xde la menjakonkn sgt pon. no seat mcm naik bas jek. letak barang pon kt atas pale gak. lebih kurang je ngn naik bas. cume pening je la. hahahaha. cume? memang tak ar..rasa cam nak tumbang dah. lagi best bila ada sorang pakcik ni siap ckp "sorry, ni tempat saya" dengan gaya nak suruh aku dengan mak blah dari situ cecepat..sekali anak dia kat belakang ckp..."ayah. ayah..belah sini tmpt kita" kikiki. nasib baik bukan aku yang disituasi itu. mau aku pening then terus buat - buat pengsan sbb malu.  kat atas tu kemain pucat lagi aku. mabuk udara katanya. makan pun xlalu. smbil makan smbil pegang kepala. ditambah lagi dengan kerusi yang tegak semacam jek. dpt kebelakangkan pun sikit jek. pening kuasa dua la aku. dapat pula dok tepi tingkap. bile flight menyenget je..amboiyai..pening!terus tutup tingkap.


bila nmpk je Kuching, terus rasa lega. bila flight mendarat automatic hilang pening. wahhaah. gedik.


notasiku : entry kat Kuching lepas-lepas ni ek! penat.


No comments:

Post a Comment