Friday, May 20, 2011

heyyyy, what the surprise?


Entahle. aku pun xtau la surprise ke tak. sebab x dapat tgk reaksi mak aku masa dia balik dari Sabah aritu. lagipun dia smapi rumah dalam pukul 3 pagi. tak pasan la tu. tau - tau bangun tido pagi tu dapat mesej dari mak 

" Alhamdulillah. terima kasih anak-anak semua atas kejutan yang diberi "

Hurm...apa aku nak cerita ni ek. xbest la sbb xde gambar. ini pun kene paksa dengan adik aku,  Saleh (bukan nama sebenar). maaf le xbole bagitau nama betul sebab kalau ada yang x kene dalam cerita ni nanti, dia nk sailang aku. kawen aku pun nnti dia xnk datang. pada yang da kenal tu korang bayangkan la orang lain ek.hik. beriya dia soh aku update psl surprise tu. maklumlah dia yang start dulu. berlagak nau ko? yela yela memang kau lah yang terbaik. xsangka aku otak ko ni bergeliga jugak. bole buat batu cincin.  so, si Saleh (bukan nama sebenar) ni mintak la aku up up dia sikit dalam entry ni. hahaha. tak. ni aku yang tambah nak kasi sedap ayat. ni nak bagitau korang ni..adik aku, Saleh, dia la MASTERMIND dalam kejutan ni. #clapclapclap.BRAVObro.THIS BEST BRO!!

Pagi bila entah sebelum mak pergi Sabah dia mesej kt FB and tagged semua sibling pasal plan dia ni. time tu aku buat x nampak je. tapi, usahanya tidak berakhir disitu, dia call pulak. aku tak angkat sebab aku tengah dating kt Kemaman. mls nak layan dia.  pastu dia mesej pulak kat handphone. yang ni da xbole lari. nak buat-buat buta pun da xbole.  

"mana ko"
aku diam lagi.
"ngok. ko kt mne ha. tpn xnk angkt"
kuajagggg.

Jenis adik aku ni pulak, kalau dah plan tu terus ok jek. tak boleh tidak. amboiyaiiiii..tak memikir betul 2 orang kakak dia yang selalu sangap ni. tapi aku usahakan jugak la mintak sedekah sana sini nak merealisasikan impian dia. kata kau!!!hahaha. 

Dan setelah duit dikumpulkan, walaupun masih ada yang berhutang, abang aku, Heri (betul nama sebenar) pergi la meriki barang. riki jek kot, tanpa minta tawar.  tu la dia kan. kalau da suruh orang lelaki pergi membeli belah. kompem xmintak tawar. tapi dia ckp..."da abis tawar la tu. nak murah lagi apek tu cakap, pergi beli borong kat Tesco..cap ayam". aahhhh. aku cam xcaya je apek tu ckp cmtu. auta!


dan bagi menjawab soalan tajuk di atas.."heyyyyy, the surprise is..."



hehehe. nampak cam xbest ke? ktorang pedulik hape. janji mak kitorang happy. tido malamku pun tidak akan berpeluh lagi. mengencing malam, maybe. tapi mak tu dah ada aircond, pasni jangan la komplen ek bil elektrik melambung-lambung.

so, Saleh! kau happy sekarang? bayar aku cepat. penat perah otak ni nak bikin ayat. since last week ko da push-push aku wat entry ni. letih layan ko ni.

Saleh (b.n.s) : kachik, cepat la wat blog psl surprise tu.
Aku : nanti la. mak pun xbalik lagi. kang dia baca kang.
Saleh (b.n.s) : nnti ko cite la yang ni aku punye plan.
Aku : elehhhh. malas aku.
Saleh (b.n.s) : cerita je la. wat kelakar-kelakar sikit. wat banyak-banyak tulisan yg kecik-kecik tu.
Aku : ko ingat senang ke nk tulis kelakar-kelakar? ok. nanti yang ko cakap dalam  telefon ni pun aku tulis gak. wahahaaha.
Saleh (b.n.s) : hahaha. bongok jek. yang ni xpayah la.
Aku : ahhh. aku tulis gak. 
Saleh (b.n.s) : Bodoh je. xpyh la.
Aku : dah la. malas aku layan kau. asik telefon jek. heboh nau ko ni.
Saleh (b.n.s) : hahaha. bodoh! dah. bye. 

*letak tipon*

ko tengok! bukan reti nak bagi salam. kene bodoh lagi ada. kuajax. tapi..tetap. dia la penyeri suasana. bayar aku cepattttttt..ada aje ayat-ayat bongok dan tak berilmiah apetahlagi masuk dek akal kuar dari mulut dia klo borak.

legnote :
*ni lebih cerita adik dari cerita surprise ni. 
*adik aku best woooo. mak aku pun best gak. abang aku best. akak-akk aku pun best. aku lagi la best. tapi tetap arwah abah paling terbesssst. ahhhh. rindu! T_T





Wednesday, May 11, 2011

biar anakanda surprise bonda, bukan sebaliknya.


Amboiyaiiiiii...daripada tgh pegang stereng kereta, rupanya sudah terbang pergi ke Sandakan sanun. bercuti sakan selama 5 hari. maklumlah percutian di sponsor oleh anak buah caaayang. anak buah okayyyyy. bukan anak ......... . maceh cousin! 

so, untuk tidak menampakkan yang anak sendiri ni tak reti - reti nak bwk maknye bercuti??? (tok aku ngn kak ngah terutamanya) ktorang adik beradik dah sepakat membawa berkat, buat surprise tok mak bila dia balik nanti. tapi bukanlah mmbawa mak pergi berjalan lagi. kalau mak nak pergi berjalan, sila la kayuh basikal ke uma cik Siah atau rumah Tok Eng kutip duit kutu. cam x biasa pulak kan??  berjalan gak tu. jgn lupa bwk balik lagi jeruk mangga dari uma cik Siah tau. banyak-banyak sikit. sedappppp. ape bende yang surprise sangat tu aku xbole cite sekarang. kang ko cite kat mak ko, pastu mak ko mesej mak aku, nanti da tak surprise la kan. oh bukan mesej, maybe kol sbb ko x ajar mak ko cmne nak taip mesej. mak aku ko ajar pulak? mekasih la haa.

Lambat lagi ni mak nak balik. tak sabar nak tau reaksi mak. ni tadi dia baru mesej gtau dia pergi mana.

Me heaven : Mak otw ke Tawau. nape mesej mak x pernah jawab.
Aku : Haaaaaaaaaaaa..mak msj ni br owg nak topup. baru sekali jek yang x berjawab. leklok la kt sne. n belikan la pape. anting2 mutiara seketul x berjurai pun ok gak. hehe.
Me heaven : Ni nak g usha2 ler ni. usha??
Aku : Kemain usha lagi. spe yang taip ni. owg nak yg seketul tau. yang lekat kat tinge tu. xnak jurai. wahahahaha. kemain order lagi. tau da mak mst nak ckp cmtu kn? jgn ngurat2 tau kt sne.
Me heaven : Kemain lg cam Ain. tp dia minta yg jurai ngn yang lekap bole bw sekolah. mak ler yg taip, nape slh eja ke? klau ngurat nak cari adik Bung Mokhtar.
Aku : Kemaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnn lagi!

"Owhhhh motha!!"

"jgn la dikau suprisekan balik kami adik beradik dengan membawa balik calon "


p/s : semua ini adalah gurauan semata-mata antara ibu dan anak.




Sunday, May 8, 2011

Mak, Mama, Ibu, Umi, Mummy, Ammi, Amma.


Antara banyak-banyak nama kat atas tu aku da cop panggilan 'Mak'.  itupun masa kecik-kecik dulu komplen kat Mak apsal x panggil Ma ke Mama ke. sebab masa kecik dulu pemikiran pun kecik lagi sempit.  fikir panggilan Mama tu tok orang-orang kaya jek. so nak la feeling cam orang-orang kaya gak kan.

"Mak oh mak..Selamat Hari Emak! Segala dosa, mintak diampunkan. Segala hutang, mintak dipadamkan dalam buku hutang yang mak letak dalam salah satu daripada dua belas beg mak kat rumah tu. ala...yang kat dalam beg mak yg merata-rata tempat tu. hihi. Segala maggi, bawang, sardin, beras dlm almari yang tetiba hilang bila org balik ke KL, mintak dihalalkan la ye. i love u mak. forever and ever. muaaahhhhhhh!"


cita - cita nak jadi pilot. tapi cuma berakhir di stereng kereta. itupun x reti bawak sebenarnye. posing sajeeee. hihi.

Happy Mother's Day.


You're the best Mak!

Saturday, May 7, 2011

All the way to Kemaman

9:45 Kuar dari rumah. G kt kete.panaskn enjin.jln ke kedai beli pil chikitekaun.skt perut oooooo.mlm td x dpt tdo.

9:55 Gerak!!

10:00 Camwhore.geli jek.konon cntek nau la tu.pas tgkp,tgk,delete.sbb x pernah cntek pn.

10:10 Singgah Shell Gombak.cucuk duit.beli air.isi minyak.

10:20 Gerak!!!

10:22 Tol cekik darah.belum pape da rm5.cbe la ko port ke depan siket..ni baru je aku nk msuk hiway da kne byr.

10:35 Layan selekoh.bukit.curam.bukak air nk mkn pil.tutup air pulak ilang.ntah memana.

10:37 Amik no tipon bantuan kt board b4 terowong genting ni.mana la tau kan,kot2 berlaku episod "kereta oh kereta"..xpon "diriku mendrift lagi"..oh tidak!!mintak dijaokan.

11:55 Tol rm3 pulak. Kopak!

11:11 Tol lagi??xpe..kali ni amik tiket pulak.

11:13 Nak terkenccccc.mana ni?mana nxt stop ni?x tahan...update twitter.nk kencing pn updated ko! Ngada2 ko ni

11:16 Ok. 5km lg katanye hentian lentang.sbr siket ye.

11:18 Kennnnnnncccc je.xpyh lelama.terus gerak.

11:40 RnR Temerloh.rest jap.byk nye kete.mls la nk turun.

11:45 Panas ar.gerak la.

11:47 Kasihku..ku akan mncintai kamu..lalalala..sedetik lebe. Hot FM

12:11 Exit825 Maran.tak masuk pun.pandang je.

12:20 Frekuensi radio suda ilang.nyanyi la ko sorang2 kt sini pape lagu ko suke.

12:32 Exit Gambang.pndg sajeee juga.jauh klo lalu sini.dlm sejam gak la.tol beza rm4++ je.

12:47 Tol jabor.RM21..makaiiiiii.mhl.benti kencccccc lagi.pehal pundi aku ni?asik nk kenccc jek.jao lg perjalanan ni.

1:20 Keropok kering,kepok leko, sata bersepah2 tepi jln ni.Nakkkkkkkkk..xpe.tggu blk nnt.

1:40 Alhamdulillah.smpai akhirnya.dan nk kencing lagi.aisshhhh!eh..mana dia?mana dia?si jantung hati. Auwwww..malu ni nk jmpe.


Ape?korang ckp "ada aku kisah"??lantak aku la..blog aku.korang xkisah pun,aku yg kisah.daaaaaa..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 6, 2011

bosan #2

aku bosan dengan diri sendiri
macam orang x pandai berfikir
ikut sangat nafsu bodoh aku ni
bila dah minat sesuatu tu
dah xbole ditahan-tahan
paling kuat bole tahan sekali je
masuk kali kedua, mmg tak la kn
hati ckp ;
" nak jugak. nak jugak"
"eh hati! ko ni bodoh ek?
suke hasut-hasut aku."

aku bosan dengan diri sendiri 
bila aku minat dua kasut tapi mampu beli satu je
antara rm40 atau rm60
aku pilih rm40
iye...sebab aku kedekut
tapi mcm biasa mesti saiz yang aku nak dah abis.
aku tahan untuk kali pertama.


kali kedua..

saiz aku nak ada tapi still ketat lagi.
dalam hati takut melecet 
tapi aku amik jugak
bodoh.
hati la ni.
dia yang hasut.

smbil hasut, hati cakap ;

"xpe..nanti ko gigit dia 24 kali sebelum pakai"

akal waras cakap ;

"eh ko bengap ke? bape kali da ko wat cmtu.
tapi kasut tu balas dendam balik kat ko kn?
dia gigit balik kulit kaki ko kn?"

Bosan. Bosan. Bosan.
sebab aku amik jugak kasut tu bawak ke cashier.

aku yakin satu hari nanti kasut tu akan kembang.
tapi untuk menanti saat tu aku kne pakai kurang-kurang 7,8 kali 
aku xnak terseksa.
nanti melecet sana sini.
aku bawak kasut pergi streching kat MidV.
kene tinggal kasut 4 hari.
minyak pergi balik hantar kasut = RM5
minyak pergi balik ambil kasut = RM5
streching kasut = RM20
eiiiiiiiiiiii
bodoh kan?
BOSAN!

dan paling membosan kan diri aku sekarang
aku nak pergi beli la kasut RM60 tu.
astagfirullah al'azim
"hei hati jahat!
ko pergi main sana."