Thursday, August 18, 2011

kuching #1

rasa-rasa macam aku nk letak terus je folder gambar-gambar kt kuching tu kat sini. malas nk cite-cite. korang pun mst nk tgk gmbr je kan?letih plak aku nnt nk upload gmbr satu-satu. adehhhhhhhhhhhhhhh...(mengeluh siap-siap dulu)

                                                             15hb Julai

sesampai je aku kt Kuching, terus melabur kat jamban. welcome gift dari aku untuk Kuching.
eh, aku yang datang, aku pulak yang bg hadiah ek. Setel imigresen dan bag sume, pergi pulak cari para pelancong flight pertama yang dah kebosanan menunggu ketibaan pelancong flight kedua ni. kereta sewa dah dapat. tapi masalah hotel pulak. da siap booking dan kol hari-hari, bila smapi bole pulak full hotel tu sebab orang extend semalam lagi. hangsuang betul. da la xtau jalan. nk mencari hotel lain pulak satu hal. so...kesimpulannya, belasah je hotel ape yang terlintas di tepi jalan tu. asal bangunan nmpk cantik dan rasa-rasa bangun tidur x beralih tempat ke toilet sudah. so..kereta pun terlintas la di tepi Hotel Borneo. rate ok. room ok. toilet ok. belasah!

settle check in dan angkut segala beg dalam perut kereta, kitorang pun dgn semangat yang jitu dan perut yang lapar terus mencari jalan untuk ke Sarawak Cultural Village menggunakan GPS. tp  separuh jalan semangat terus terkubur bila fikir 'sekarang da pukul 2 pm, baik pergi esok je. nak makan lagi. pukul bape nk smpai?'. berpatah la balik ke Satok. menuju ke RJ Ayam Penyet.



 
Misi diteruskan ke Kuching Waterfront. berduyun-duyun orang turun bot tambang dari seberang bawak kek lapis. yang mak-mak ni teruja la nk ke sana. kami yang kecil-kecil ni ikutkn aje ( to be continue......)


sudah silap la..pergi muzium sarawak dulu rupanya. hehe. baru teringat. free je masuk muzium ni. tapi xbole tangkap gambar. so, layankn aje gmbr-gmbr depan muzium ye.

kaklong n family

cik ani n family
dari  kiri : wayang kulit, beruk makyeh, aduh..xtahan nk berak dan robocop

hasil terbaik selepas 10x lompat. *sigh*
ok. sekarang bole sambung ayat di atas . 


Misi diteruskan.............................................................kami yang...............................................ikutkan aje. melompat la memasing naik bot tambang 50sen seorang. si azril kejap duduk belah kiri, kejap duduk belah kanan, nak bagi balance bot takut senget dan tumbang.







Kilang Kek Lapis Dayang Salha ni ada memacam jenis kek lapis. lazat-lazat belaka. tester pun banyak. nk mkn smpai sendawa pun boleh. letih aku tgk dorg ni nk menyiapkan satu kek. kejap masukkn, kejap kuar kan..becak ketiak dok depan oven xbole gerak-gerak.

gmbar yang sgt tak berkualiti.


berjalan pulang dgn girang smbil memeluk kek lapis

Habis kt situ, berpatah balik kami ke Kuching Waterfront. jalan-jalan kt situ. amik pemandangan Sungai Kuching yang "OMG!banyaknye sampah?? ooOOoo. sebab baru lepas hujan kot" jalan-jalan, benti amik gambar, duduk jap penat, amik gambar, jalan lagi, tukar selipar ngn sape-sape yang sakit kaki, amik gambar lagi dan lagi dan lagi..

dari atas ke bawah : bangunan ADUN dan kuching waterfront.







jalan punya jalan punya jalan, sampai la tetibe jumpe tempat jual souvenir. apa nama bangunan tu aku pun da x igt. gambar tarak. suma orang beli souvenir macam kan da nak balik Semenanjung pulak! aku je x beli. esok kan ada lagi.

then dalam pukul 7.30 pm patah balik ke waterfront. smbil jalan smbil duduk smbil amik pemandangan malam smbil berkejar-kejaran smbil main nyorok-nyorok smbil mengunyah dan macam-macam lagi la. dan hasilnya....


 BELENGAS!

on the way tu nmpak ada group tgh set up stage, check alat music and dancer tgh make up. so..tggu la kt situ smbil makan malam terus. burger n kebab. xsedap! 


dalam pukul 8.30pm, show pun start. syok gak layan tarian kaum-kaum yang ada kt Sarawak ni. tp ada lagi satu group dari Indonesia. lagi comel-comel dancer nya. gambar x ambil pulak. masing-masing melopong kot tengok dorang menari. tapi video ada..nak tgk?


video ni kalau tuan badan tak approved, akan di delete. so tatap la korang cepat-cepat sebelum arahan dikeluarkan. hahaha.





dapat tangkap kejap je video ni sbb mengelupur, mula-mula tgkp gmbar pastu baru terfikir nk amik video. pastu ttbe ilang ingatan cmne nk rakam video. so, itu jela hasilnya.


mak pun dalam ramai-ramai tu ada gak yang dia berkenan. orang hulu. tapi memang best pun dia punya show. kelakar.

seksi. geli nengok.
itu jela pun cerita hari pertama kat Kuching. habis je show tu terus balik hotel membuta. tapi dalam hayunan kaki ke kereta tu, smpat gak la memasing merembat beg sorang satu. 

ok da. nanti smbung lagi. bye.



***updated : video lebih terang, jelas dan padat. tuan badan sendiri yang kasi. so...xpayah susah-susah nak delete. suruh upload lagi, adaaaaaa..hahaha.



1 comment:

  1. tak boleh bla bunyi gelak yg blakang tuu..dh tahu dh spe yg gelak..kah3

    ReplyDelete