Monday, October 17, 2011

kuching #2

entry busuk! berkepam dalam draft x terpublished. sila la hadap bagi yang merindui saya itu.hihi.


*******************************************************


16hb Julai 2011

Bangun tido laju-laju sebab nak terjatuh share katil ngn Ain si debab. masing-masing ada kat katil masing-masing. takde yang beralih tempat tido. sebelum pengembaraan bermula, kene isi dulu tembolok masing-masing. destinasi kali ni sebelah RJ Ayam Penyet iaitu Kopi O Corner. semua makanan yang popular kt Sarawak ada kt sini. sedapppppppp! memanjang full house pulak tu.

Laksa Sarawak. sedapppppppppp. suke sgt.
Mee Kolok.
entah. xigt nama. recommended by alif

alahai..terliur sudah tgk gmbr Laksa Sarawak tu. selama ni dok baham laksa johor je. xtau lak Laksa Sarawak pun sedap. 

sedap tau sehingga tak mmpedulikan rupa tudung
pelbagai kan aksi mulut anak beranak ni?
anak juon celak dah sememeh usha mee kolok mak dia.


Lepas kenyang, kami pun bergerak ke Pinggiran Gunung Sejinjang smbil menyanyi girang

"puteri santubong puteri sejinjang, menjaga gunung negeri sarawak, manis tiada dapat dilawan, anak daerah turun kayangan."


setelah berpuluh-puluh snap gmbr gunung ni dari dalam kereta bagai nak rakk..akhirnya smpai juga ke destinasi. tix sorang RM60. amboiyaiiiiii..mahal betul. tapi dalam ramai-ramai aku la yg kne RM60 tu. mak byr half sebab warga emas. agak-agak kalau gadai laku x?wahahah. ampun mak. gurau. kak long lagi la murah sbb dia orang Iban, IC Sarawak. so..dgn anak2 dia sekali dpat murah. so, sekarang mari layan gambar serta caption. malas nk cerita panjang-panjang.

luar Cultural Village
jambatan buluh
terkedek-kedek. omputeh blkg tu rileks je jalan.




comel x? comel x?*kelip kelip mata* hahaha. ni capture dari jauh. kalau versi zoom punye rupanye cmni......
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

hehehehehe

sorang puteri santubung, sorang lagi puteri sejinjang.





kemain retis lagi, turun tangga pon omputeh amik gmbar tau. ado?
rumah panjang ke rumah tinggi ni?

sesi menengejal kan diri

akibat terlalu tergejal. dapat busung. hahaha.

tegak nau cik abang ni

rumah tinggi ni rumah terakhir la yang kitorang masuk. lepas tu berlari-lari memasing macam kn jakon nau nak  lawan sape smpai dlu. Di sini para pengunjung turut dihidangkan  dengan cultural show kaum-kaum etnik yang ada kt sarawak. ayat xnak kalah!. best especially persembahan Kaum Hulu. lawak nak mampos. 

Sebelum balik, para-para jakoners di ajak naik jambatan buluh lagi sekali. JJJJOOOOOMMMMM!!!!!


sampai di sini je la penjelajahan kami kat dalam Cultural Village tu.sebelum blah kita posing lagi berlatar belakangkan Gunung Santubong

inilah puteri sejinjangnya. sama jinjang dgn lehernya. auwwww!

bersama puteri punya mak.
Lepas berpenat lelah n enjoyyyy, kami pulang ke pangkal jalan. pergi cari kawan lama mak pulak. mana je pergi ada je kawan-kawannya. setiap negeri dalam Malaysia ni. itulah untungnya berkecimpung dalam ketenteraan dulu. kawan satu Malaysia. yang paling untungnye, bila dapat makan-makan atau pun penginapan free. hehehe. kali ni dapat makan free je.  free x free sgt pon la kn. xkn la da blk tu xreti2 nak menghulur. ye dak? kalau bgtau awal-awal mungkin kereta pon bole pinjam kereta auntie n uncle ni. auntie n uncle kata ko. haha. mewah makan rumah makcik ni. macam-macam lauknye. dalam kuantiti yang banyak pulak tu. makan la ko smpai sendat perut kene bukak butang seluar. tapi bila ttibe woman disorder tu datang, selera pun terbantut. rugi. rugi. terbayang-bayang pulak lauk-pauk tu sekarang ni.

auntie and uncle Ben's
Lokasi seterusnya adalah Pasar Satok. eh. bukan la. adeh....silap. sebab dari rumah tu kitorang ke mana nak tau? Kilang Kek Lapis Dayang Salha lagi. bukan la nak pergi makan kek free macam pergi giant ari sabtu atau ahad sebab nak makan tester nugget dan yakult tu, tapi pergi beli kek lapis lagi. amboiyaiiiii. agak-agak sape nk makan kek lapis raya nanti, sila la beraya ke Kuala Sg. Baru atau lebih tepat lagi depan ALAM ae. atau pegi Bukit Jelutong. yang mana berdekatan dengan korang la. sediakan duit raya sekali. hehehe. kek lapis adalah dijamin halal sebab bukan guna butter cap Golden Churn. (entry tulis sebelum raya, so skrg ni cite raya haji la ae. itupun klo ada lagi kek lapisnye)



Ok. sekarang da sampai Pasar Satok. mula-mula sekali ofkos beli ikan terubuk masin. berkotak-kotak borong nak bagi orang itu, orang ini. da settle sumbat dalam kereta dan baru la round-round dalam pasar satok. besar gila pasar ni. itupun banyak lorong yang kitorang skip. berborong sakan la kami kt sini. beli t-shirt, fridge magnet, keychain, tabung sarawak, bag lagi??, mainan ntah pape, sampai la ke sudah. dari matahari menyilau mcm gmbr kt atas tu smapi la matahari da hilang. malam xde tmpt nak tuju, plan x habis-habis ke Kopi O Corner. sebab sedap melampau kot. tp kedai tutup la plak. dan xhabis2 jugak ke waterfront. makan la nasi lemak kt situ. sedap gak. 

pastu balik hotel, tidur. bye.

 malas nk taip penutup panjang-panjang.




1 comment:

  1. Syabas masih ingat dan mampu menghabiskan karangan.. berkurun juga dah.. agak2 pasni nak g mana pulak.. g le survey AA promo..

    ReplyDelete