Friday, April 15, 2011

bosan.

aku bosan dengan diri sendiri.
pantang nampak perempuan cantek-cantek but simple.
kejap-kejap bukak fb dia.
kejap-kejap bukak fb dia.
apa yang dia pakai sume aku nak ikut.
mula la hati ni jadi x keruan nak pergi beli ape yg di pakai tu.
sekarang ni pun da gatal nak pergi bank cucuk duit da ni.
otak berkira-kira apa alasan aku nak cabut dari opis.
nak pergi sale kat SOGO.
nak cari baju dengan seluar yang sama.

aku bosan dengan diri sendiri.
pantang nampak iklan dalam metro.
"chicken wing sekilo rm7++, 
dynamo 4.5kg rm 18++,
hari ini sahaja".
kata iklan tersebut.
"hah? hari ni aje?
xbole jadi ni."
kata hati aku pulak.
belum pukul 5 aku da cabut dari opis pergi carrefour.

tapi bila balik rumah..

ayam beli minggu lepas pun x abis lagi.
ada drumstick. rib. wing. chic ass.
cukup lagi nak mkn sengsorang utk seminggu
potong kecik-kecik wat sup ayam.
kasi lebe air untuk seminggu punya stok.
ulang makan tiap-tiap ptg.
panaskan sikit lebih simpan peti ais.
santap.
abis chicken wing yang aku baru beli tadi cmne?
msg housemate..
"icha bole tlg owang x?
tolong makan ayam dalam icebox tu."

sabun serbuk daia 2kg beli minggu lepas bertenggek lagi atas para. 
padahal basuh baju seminggu sekali je.
x pasal-pasal petang semalam sental bilik air.
berparty buih sengsorang aku semalam.
kan da penat. dasar pemalas.


aku bosan dengan diri sendiri.
bila aku baca review orang tentang produk-produk kecantikan.
secepat mungkin aku capai kunci kereta pergi Giant.
bila review pun dah cam best, terus nafsu membeli mencanak.
beli besar gabak punye size terus.
2 barang yang dah wat aku camni.
shampoo clear dengan bio oil.
result :-
rambut gugur gak. parut muka x hilang gak.
x cantek - cantek gak.

Thursday, April 14, 2011

Rouk

Kalau buati xde, camni la hidup aku.
Nape dengan aku ni ek?
Xde life langsung.
Blk keje, terperuk.
Blk keje, terperuk.
Cukop 5 ari terperuk, baru la aku pepandai pergi uma sesape weekend tu.
Itupn kengkadang aku sambung lagi memerukkan diri kt uma sesape tu.
Dah cam jeruk da aku ni kot.

Eh.iyelah.
Bau da masam cam jeruk.
Balik keje tadi terus masak,bsuh piok.
Pas makan, terus tido baring sambung memeruk.
Sekarang da cam berok.
Gatal terkerok-kerok.


Mandi dulu ah!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kita tgk jadi ke x..

Hei hei hei..
Ni aku nak try test tgk jadi ke x updated entry tru bb.
Baru blaja nok..
Terkial2 lagi..
Org lain da lama da tau, aku br terhegeh2.

Ok.let's try.
Aku nak klik send da ni.bye.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 7, 2011

orang-orang yang aku paling xnak jumpa.


1) Bebudak Junior Masterchef Australia

yang bertanda tu aku da cop dulu.

malu siot. aku dulu besar-besar diorang ni baru pandai main kawen-kawen. merenyam kn? atau kalau xde jantan join, main la mak-mak jek. dok petik bunga kertas, daun rumput untuk wat lauk.  air pulak kemain sedap lagi haaa. air paip + tanah pasir = milo. letak batu sikit jadi la milo ais. kemain bongok lagi. dorang ni walaweh. expert gile. kengkadang tu rasa cm x masuk akal pun ada. baru umor 8 tahun da reti msk memacam. malu malu malu. aku ni msk ape pun x tau haaaa. umor da 3x ganda ++ da dari diorang tu. *sigh*


2) Bos Aku

ish...xske sgt la kalau dia masuk opis. tapi aku tau..bukan aku jek, korang pun xsuke kan klo bos korang ada opis? padahal kengkadang dia x kacau pun. ko je yang gabra lebe. bila dia lalu depan cepat-cepat ko minimize mozilla firefox ko. dan-dan klik microsoft word yang da standby kt bwh. buat surat. poyo melampau. tapi malangnye dalam pada paling xnak jumpe..everyday kene jumpe. *sigh* 


3) Cik Pon


ni bukan categori orang. tp mcm orang. pontianak. hantu yang paling menakutkan pada aku. dengan rambut panjangnye. selisih. jauhkanlah. smpai sekarang ni aku kalau tidur malam x pernah tutup tv. biarkan aje terpasang. sebab takut ooooo. tapi kalau teringat aku set la off time kat tv tu. itupun off dalam 3 jam pas aku tertidur. malangnye bile tv tu tertutup, aku pulak yang gedik nak terjaga. start la nak menggigil bila dah terjaga tgh-tgh mlm tu.*sigh*


4) Orang Yang Tak Reti Kenang Budi.   yang ni penting. sebab tujuan utama aku nak gtau bende ni jek.

aku xharap pun ko balas atau kenang budi aku sebab aku ikhlas. tapi jangan sampai ko wat taik kat aku. jangan nak kondem ape yang aku pernah buat kat ko dlu. dulu kau x komplen, baru sekarang pulak ko nak menyebut? jangan nak tuduh aku ada cite kemungkaran or whatever yang ko buat kat orang yang ko sorokkan. kang kalau aku cerita betul-betul kang..haaaa, merasa la kau. klo aku jumpa ko memang nak kene ludah la. tapi bukan dari aku. pepandai la aku upah sesape. tipu. jahat nau lak aku? tapi memang. aku benci sgt orang camtu. klo kne kt orang lain aku da meluat, inikan pulak kalau aku kt situasi tu. so, jgn paksa aku jmpe ngn owg yang cmni. smpai mati pun belum tentu aku lupa apa yang ko buat. tapi tgk keadaan la sebab kengkadang aku ni ckp jek cam gampang  tapi hati senang cair. tapi ingat...yang aku xkan lupe. sebab ko, hidup aku huru hara seminggu!



elakkan dari jumpa. sekian.

Tuesday, April 5, 2011

entry separuh jalan


gambar ape ni? 
inilah dia lokasi kejadian. divider yang hampir mencabul kereta aku aritu. ele..perasan. rete kau tv gemok kt uma tu jek. kete tunang xnak ckp. poyo x?poyo x?ele..biarla. aku memang saje je tangkap ni. nak tgk kalau-kalau dlm kamera ada setan tgh bertenggek sengihkan aku ke sebab berjaya buat aku menjadi seorang drifter minggu lepas. tapi kali ni, tidak lagi. 5 batu jauhnye aku da start slowkan kereta. dan akhirnye setan kekecewaan. padan muka kau, setannnn!

kali ni kat kemaman kejap lagi. bole la. wat lepas-lepas kan rindu. auwwwwww!

*ringring...jap ae angkat phone!*

15 minutes later....


aku baru nak mengarang kejadian-kejadian di kemaman aritu. tapi ada panggilan memanggil-manggil aku ke kemaman lagi. cmne????


hmmmmmmmmm.....
hmmmmmmmmmm....
hmmmmmmmmmmm....


see u later!



*iye...cinta kami memang gila*







Sunday, April 3, 2011


bersiaran langsung dari kuala kemaman

SURPRISE!
(tok k.ngah)

surprise x? surprise x?

ok itu je. entry asik pendek memanjang.
nanti-nanti la ae.
bye..

bila ditenung-tenung ayat surprise tu, rasa cam salah eja je.
betol ke salah ni. tetiba jd bodo.

Friday, April 1, 2011

buat tatapan kak ngah ku yang keciiiohhhhh mak enon!

 sila click untuk tumbesaran gambar.




pilih!pilih!

eh.bile da klik x membesar pulak dia.pandai-pandai la ae.hik!