Friday, April 15, 2011

bosan.

aku bosan dengan diri sendiri.
pantang nampak perempuan cantek-cantek but simple.
kejap-kejap bukak fb dia.
kejap-kejap bukak fb dia.
apa yang dia pakai sume aku nak ikut.
mula la hati ni jadi x keruan nak pergi beli ape yg di pakai tu.
sekarang ni pun da gatal nak pergi bank cucuk duit da ni.
otak berkira-kira apa alasan aku nak cabut dari opis.
nak pergi sale kat SOGO.
nak cari baju dengan seluar yang sama.

aku bosan dengan diri sendiri.
pantang nampak iklan dalam metro.
"chicken wing sekilo rm7++, 
dynamo 4.5kg rm 18++,
hari ini sahaja".
kata iklan tersebut.
"hah? hari ni aje?
xbole jadi ni."
kata hati aku pulak.
belum pukul 5 aku da cabut dari opis pergi carrefour.

tapi bila balik rumah..

ayam beli minggu lepas pun x abis lagi.
ada drumstick. rib. wing. chic ass.
cukup lagi nak mkn sengsorang utk seminggu
potong kecik-kecik wat sup ayam.
kasi lebe air untuk seminggu punya stok.
ulang makan tiap-tiap ptg.
panaskan sikit lebih simpan peti ais.
santap.
abis chicken wing yang aku baru beli tadi cmne?
msg housemate..
"icha bole tlg owang x?
tolong makan ayam dalam icebox tu."

sabun serbuk daia 2kg beli minggu lepas bertenggek lagi atas para. 
padahal basuh baju seminggu sekali je.
x pasal-pasal petang semalam sental bilik air.
berparty buih sengsorang aku semalam.
kan da penat. dasar pemalas.


aku bosan dengan diri sendiri.
bila aku baca review orang tentang produk-produk kecantikan.
secepat mungkin aku capai kunci kereta pergi Giant.
bila review pun dah cam best, terus nafsu membeli mencanak.
beli besar gabak punye size terus.
2 barang yang dah wat aku camni.
shampoo clear dengan bio oil.
result :-
rambut gugur gak. parut muka x hilang gak.
x cantek - cantek gak.

2 comments:

  1. kahkahkah...jom p jln sogo..ramai kate tgh offer.tapiiiiiiii...aku lom gaji...huarghhh...sedihnye....

    ReplyDelete
  2. tu ar. tapi smpai bile ek? aku ni tetiap minggu ke s.alam. jg anak buah.
    jom ar. ko advanced dlu kt bos ko.

    ReplyDelete