Wednesday, May 11, 2011

biar anakanda surprise bonda, bukan sebaliknya.


Amboiyaiiiiii...daripada tgh pegang stereng kereta, rupanya sudah terbang pergi ke Sandakan sanun. bercuti sakan selama 5 hari. maklumlah percutian di sponsor oleh anak buah caaayang. anak buah okayyyyy. bukan anak ......... . maceh cousin! 

so, untuk tidak menampakkan yang anak sendiri ni tak reti - reti nak bwk maknye bercuti??? (tok aku ngn kak ngah terutamanya) ktorang adik beradik dah sepakat membawa berkat, buat surprise tok mak bila dia balik nanti. tapi bukanlah mmbawa mak pergi berjalan lagi. kalau mak nak pergi berjalan, sila la kayuh basikal ke uma cik Siah atau rumah Tok Eng kutip duit kutu. cam x biasa pulak kan??  berjalan gak tu. jgn lupa bwk balik lagi jeruk mangga dari uma cik Siah tau. banyak-banyak sikit. sedappppp. ape bende yang surprise sangat tu aku xbole cite sekarang. kang ko cite kat mak ko, pastu mak ko mesej mak aku, nanti da tak surprise la kan. oh bukan mesej, maybe kol sbb ko x ajar mak ko cmne nak taip mesej. mak aku ko ajar pulak? mekasih la haa.

Lambat lagi ni mak nak balik. tak sabar nak tau reaksi mak. ni tadi dia baru mesej gtau dia pergi mana.

Me heaven : Mak otw ke Tawau. nape mesej mak x pernah jawab.
Aku : Haaaaaaaaaaaa..mak msj ni br owg nak topup. baru sekali jek yang x berjawab. leklok la kt sne. n belikan la pape. anting2 mutiara seketul x berjurai pun ok gak. hehe.
Me heaven : Ni nak g usha2 ler ni. usha??
Aku : Kemain usha lagi. spe yang taip ni. owg nak yg seketul tau. yang lekat kat tinge tu. xnak jurai. wahahahaha. kemain order lagi. tau da mak mst nak ckp cmtu kn? jgn ngurat2 tau kt sne.
Me heaven : Kemain lg cam Ain. tp dia minta yg jurai ngn yang lekap bole bw sekolah. mak ler yg taip, nape slh eja ke? klau ngurat nak cari adik Bung Mokhtar.
Aku : Kemaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnn lagi!

"Owhhhh motha!!"

"jgn la dikau suprisekan balik kami adik beradik dengan membawa balik calon "


p/s : semua ini adalah gurauan semata-mata antara ibu dan anak.




Sunday, May 8, 2011

Mak, Mama, Ibu, Umi, Mummy, Ammi, Amma.


Antara banyak-banyak nama kat atas tu aku da cop panggilan 'Mak'.  itupun masa kecik-kecik dulu komplen kat Mak apsal x panggil Ma ke Mama ke. sebab masa kecik dulu pemikiran pun kecik lagi sempit.  fikir panggilan Mama tu tok orang-orang kaya jek. so nak la feeling cam orang-orang kaya gak kan.

"Mak oh mak..Selamat Hari Emak! Segala dosa, mintak diampunkan. Segala hutang, mintak dipadamkan dalam buku hutang yang mak letak dalam salah satu daripada dua belas beg mak kat rumah tu. ala...yang kat dalam beg mak yg merata-rata tempat tu. hihi. Segala maggi, bawang, sardin, beras dlm almari yang tetiba hilang bila org balik ke KL, mintak dihalalkan la ye. i love u mak. forever and ever. muaaahhhhhhh!"


cita - cita nak jadi pilot. tapi cuma berakhir di stereng kereta. itupun x reti bawak sebenarnye. posing sajeeee. hihi.

Happy Mother's Day.


You're the best Mak!

Saturday, May 7, 2011

All the way to Kemaman

9:45 Kuar dari rumah. G kt kete.panaskn enjin.jln ke kedai beli pil chikitekaun.skt perut oooooo.mlm td x dpt tdo.

9:55 Gerak!!

10:00 Camwhore.geli jek.konon cntek nau la tu.pas tgkp,tgk,delete.sbb x pernah cntek pn.

10:10 Singgah Shell Gombak.cucuk duit.beli air.isi minyak.

10:20 Gerak!!!

10:22 Tol cekik darah.belum pape da rm5.cbe la ko port ke depan siket..ni baru je aku nk msuk hiway da kne byr.

10:35 Layan selekoh.bukit.curam.bukak air nk mkn pil.tutup air pulak ilang.ntah memana.

10:37 Amik no tipon bantuan kt board b4 terowong genting ni.mana la tau kan,kot2 berlaku episod "kereta oh kereta"..xpon "diriku mendrift lagi"..oh tidak!!mintak dijaokan.

11:55 Tol rm3 pulak. Kopak!

11:11 Tol lagi??xpe..kali ni amik tiket pulak.

11:13 Nak terkenccccc.mana ni?mana nxt stop ni?x tahan...update twitter.nk kencing pn updated ko! Ngada2 ko ni

11:16 Ok. 5km lg katanye hentian lentang.sbr siket ye.

11:18 Kennnnnnncccc je.xpyh lelama.terus gerak.

11:40 RnR Temerloh.rest jap.byk nye kete.mls la nk turun.

11:45 Panas ar.gerak la.

11:47 Kasihku..ku akan mncintai kamu..lalalala..sedetik lebe. Hot FM

12:11 Exit825 Maran.tak masuk pun.pandang je.

12:20 Frekuensi radio suda ilang.nyanyi la ko sorang2 kt sini pape lagu ko suke.

12:32 Exit Gambang.pndg sajeee juga.jauh klo lalu sini.dlm sejam gak la.tol beza rm4++ je.

12:47 Tol jabor.RM21..makaiiiiii.mhl.benti kencccccc lagi.pehal pundi aku ni?asik nk kenccc jek.jao lg perjalanan ni.

1:20 Keropok kering,kepok leko, sata bersepah2 tepi jln ni.Nakkkkkkkkk..xpe.tggu blk nnt.

1:40 Alhamdulillah.smpai akhirnya.dan nk kencing lagi.aisshhhh!eh..mana dia?mana dia?si jantung hati. Auwwww..malu ni nk jmpe.


Ape?korang ckp "ada aku kisah"??lantak aku la..blog aku.korang xkisah pun,aku yg kisah.daaaaaa..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 6, 2011

bosan #2

aku bosan dengan diri sendiri
macam orang x pandai berfikir
ikut sangat nafsu bodoh aku ni
bila dah minat sesuatu tu
dah xbole ditahan-tahan
paling kuat bole tahan sekali je
masuk kali kedua, mmg tak la kn
hati ckp ;
" nak jugak. nak jugak"
"eh hati! ko ni bodoh ek?
suke hasut-hasut aku."

aku bosan dengan diri sendiri 
bila aku minat dua kasut tapi mampu beli satu je
antara rm40 atau rm60
aku pilih rm40
iye...sebab aku kedekut
tapi mcm biasa mesti saiz yang aku nak dah abis.
aku tahan untuk kali pertama.


kali kedua..

saiz aku nak ada tapi still ketat lagi.
dalam hati takut melecet 
tapi aku amik jugak
bodoh.
hati la ni.
dia yang hasut.

smbil hasut, hati cakap ;

"xpe..nanti ko gigit dia 24 kali sebelum pakai"

akal waras cakap ;

"eh ko bengap ke? bape kali da ko wat cmtu.
tapi kasut tu balas dendam balik kat ko kn?
dia gigit balik kulit kaki ko kn?"

Bosan. Bosan. Bosan.
sebab aku amik jugak kasut tu bawak ke cashier.

aku yakin satu hari nanti kasut tu akan kembang.
tapi untuk menanti saat tu aku kne pakai kurang-kurang 7,8 kali 
aku xnak terseksa.
nanti melecet sana sini.
aku bawak kasut pergi streching kat MidV.
kene tinggal kasut 4 hari.
minyak pergi balik hantar kasut = RM5
minyak pergi balik ambil kasut = RM5
streching kasut = RM20
eiiiiiiiiiiii
bodoh kan?
BOSAN!

dan paling membosan kan diri aku sekarang
aku nak pergi beli la kasut RM60 tu.
astagfirullah al'azim
"hei hati jahat!
ko pergi main sana."





 




Thursday, April 28, 2011

Seminar thermobreak

Thermobreak tu ape pn aku xtau.men pergi je ni.yang bos aku ckp 'paip'.so..tggu je la seminar ni start jap lagi.itupun klo aku phm la.mata da ngantuk ni.aircond pulak tu..haih! Jangan aku nguap sudah.

Ni dtg kemain awal lagi hah. Screen pun biru je lagi ni. Aku sorang je pulak dlm ballroom ni.

Bile nak start ni.Ada yang aku tekup je pale atas meja ni kang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 22, 2011

malang berlalu, tuah pula menyapa

ewahhhhhhhhhhhhh la sgt. tajuk cam penyair.

iyela. kalau di fikir-fikir balik ada bagus gak kejadian-kejadian malang tu jadi kt aku. bak kata orang "ada hikmah disebalik ape yang berlaku." setiap kesusahan yang Allah kasi ada sebabnye.  tazkirah di ari jumaat. *insaf* sebab apa tau. sebab ari sabtu aku nak ke Kemaman. bayangkan lah kalau malang aku tu jadi masa aku otw ke sana. haru....sorang-sorang pulak tu. tersadai la aku kat RnR Temerloh tu.

masa ari kejadian tu, aku igt nak amik ain dan tukar kereta sekali. bawak kereta kak long aku terus. almaklumla kereta sendiri minyak da menyala. hihi. tp malangnye kereta abang ipar aku pulak block kereta dari luar. iye..banyak nau kereta kat rumah tu. jadi, pergi jela amik dorang nek kereta aku. cuba kalau kereta abang ipar aku tak block, mesti aku dah bwk kereta kak long aku  kn? mesti aku xtau kereta aku ada masalah kan? alhamdulillah. *insaf lagi*

Esok paginya hujan lebat gila. aku follow kereta kak long pergi Proton Glenmarie. mak aiiiii..kemain malu lagi rasanya. tp nsb baik la hujan kan. so, orang x nmpak sgt aku yang jelitawansssss ni. *pengsan*. yang kenit-kenit tu kemain lagi.

aku : ni sape nak naik ngn cicik ni?
ain : kita xnak.
azril : kereta bunyi hon lagi ke tak?
aku : bunyi la.
azril : isk. xnak adik. 
aku : bole duduk depan. 
azril : takkknakkkkkk.. sambil berlari masuk kereta mak dia.

15 minit perjalanan ke Proton tu rasa macam 15 tahun dah. tu pun nasib baik trafic light hijau. kalau merah mahunye macam 15 dekad. sampai Proton siap parking dalam pulak tu. taknak kalah. padahal  memekak gila. siap parking, dengan laju nye aku matikan enjin. annoying gila kot. 

Settle kat situ aku pergi Kemaman. naik kereta kak long. saja pergi sana nak release tension dengan segala kejadian tu dengan menatap muka buati. geli mat mat mat. wahahaha. kat sini la dtg tuahnye. buati surprise kan aku dengan something. auwwwww...terharu. 

Area Kemaman sanun mana la ada mall best sgt kan so ktorang pergi la Mesra Mall. sesuai sgt la tu sebab ktorang pergi memang tok bermesra pun. aku relex je masuk mall tu tapi buati yang beriye terus tuju masuk Carlo Rino ( ni dah paling habis best la yang ada kt situ ), terus capai handbag acu kat diri sendiri. boleh? tapi macam biasa la. aku x suke nak menghabiskan duit dia.  gila best dpt 'mataair' cam aku kan? aku tarik dia kuar dari kedai tu dengan seribu satu alasan taknak taknak taknak.

Plan nak tengok wayang pun xjadi sebab cerita ada la 3 kerat jek. so, jalan - jalan jela.  smpai satu  tempat...

buati : b pergi masuk kedai ni. abang nak belikan b pape. abang x kira. smbil tarik aku masuk kedai ape ntah. kedai sport - sport ni.
buata : hah? beli ape kt kedai ni. taknak la.
buati : takpun b pergi dok mana-mana dulu eh. 
buata : nape? ala..
buati : abang nak belikan b somthing ni. jangan tengok tau.
buata : yela. b dok kat food court jek. 

aik! jangan pandang dia pulak? abis nak pandang laki lain ke? salu x kasi pandang laki len. so pandang jela muka dia  kat screen saver handphone. gila setiakan? wahaha. ingatkan dia pergi belikan aku bunga mcm selalu tu, teddy bear ke, coklat ke, sekali..dia letak bekas tomei atas meja. siap reben. dup dap dup dap. muka dah merah ni. segan. gigil gigil buka reben. yeay! dapat rantai. maceh buati. muah muah muah.

itu jelah nak cite. tuah aku siapa yang tau kan? 

 

 

Thursday, April 21, 2011

shooh! shoooh!...pergi ko main jao-jao wahai malang.

Iye..nak cite pasal kereta. kereta oh kereta. penat dah aku camni. macam-macam hal.

alkisahnye, jumaat lepas aku dpt satu job. dikehendaki menjemput anak-anak buah aku balik dari sekolah sebab mak pak dorang keje. macam biasalah, pukul 4.30 aku da cabut dari opis sebab memikirkan jamm sana sini. jauh tu shah alam. aku keje kat taman melawati. kuar awal pukul 4.30 tu pun still jamm. tapi aku berjaya gak sampai sebelum abis waktu sekolah, 6.30 pm.


sampai bukit jelutong area 6.00 pm so aku terus g uma kak long. amik ain buat teman.  ain sekolah sesi pagi. dah smpai sekolah punya la sesak..takde parking. so aku parking kete kt perumahan area sekolah tu dan pergi jalan menjemput sorang-sorang. sorang sekolah rendah, sorang sekolah menengah. melayan peelnye  lagi. yang nak pergi beli aiskrimnye, yang nak pergi taman mainan nye, aiskrim da jatuh mintak lagi duit nak beli barunye. layannnnn.. 

dah selesai kat situ, masing-masing berlari ke arah kereta dengan lajunya bertujuan nak duduk depan. bila kereta start, tiba-tiba hon berbunyi . PIN! PIN! dengan lajunya azril menoleh ke arah aku.

azril : nape ni cicik? jangan la hon.
aku : xtau la. mana ada tekan hon pun. tengok. mana ada. ( smbil angkat tangan.)
azril : ala...nape ni?
aku : ala..diam jela.

sambil aku menggerakkan kereta, hon masih berbunyi. tiba- tiba..

azril : UUUUWAAAAAAA! adik nak turun. adik nak turun.
aku : azril! jgn la. diam la. grrrrr..tension la cicik. diam jela. bunyi hon je. bukan nak meletop.
azril : tsk..tsk..tsk..

kereta di hentikan di satu selekoh simpang tiga.

alif : azril diam la. bunyi hon je la.
aku : adoi. cmne ni.
sebuah bas sekolah dengan murid-murid bersidai di tepi-tepi tingkap berada di sebelah kereta untuk keluar dari simpang.


ain : azril! kawan azril.
azril : adik nak nyorok. adik malu.
alif  : hahaha.
aku dlm hati : ko igt ko sorang malu?cicik lagi maluuuuuuuuuuuuu. 
aku : cmne ni? nak terus je ke?
azril : ala..adik xnak.
alif : terus je la. cuba bawak laju-laju. mana tau x bunyi.


tapi still bunyi gak. maluuuuuu...takut pun ada gak. mana la tau kot-kot kereta dpn bengang. igt aku hon x puas hati kt dia ke. adoiiii...menyesal x tinted hitam legam  cermin kereta tu.  bila aku  da xtahu nk wat ape, terus aku mnyimpang masuk jalan lain. asalnya nak tggu kereta x banyak baru gerak, tapi bila start je enjin, bunyi hon. terus matikan enjin.

adik : jom la balik jalan kaki.
aku : bole ke? kang penat kang.
ain, alif : jom la.
adik : wat la mcm joging.


banyak kali aku tanya bole ke tak..sebab takut dorang x larat. tapi nsb baik dorg ok jek. bila tanya azril, dia jawab  "cikgu adik kata bersenam baik tok kesihatan". ok. kalau cmtu bagus. xde la rasa serba salah sangat. kereta aku tinggalkan je kt area perumahan tu.


kesian hahh...da gelap pun x smpai-sampai lagi rumah.

turun bukit, naik bukit, naik tangga..x sampai - sampai gak.

sempat lagi dok pijak anak batu tok kaki tu smpai nak tergolek.

bagus!!! ini menunjukkan yang dorang happy balik sekolah jalan kaki. hahaha. tapi kesian tetap kesian. blk sekolah pukul 6.40 pm, smpai rumah pukul 7.45 pm.


Hari tu pernah sekali kereta xbole start kat rumak kak long jugak. bila cite ngn buati, buati ckp " b ajak budak- budak tu tolak kereta..humban je dalam sungai" dan ain tahu ape yang cacak dia cakap. so bila da kena jalan kaki ni, dia pulak bagi cadangan tu pada aku. "jom la kita tolak kereta ni masuk dalam sungai. hari tu kan cacak cakap camtu"


ewah ewah. komplen la tu!