Tuesday, March 22, 2011

epibedeiyuyu

kak ngah...
dia ni akk aku no.2. ada seorang suami hensem dan serba boleh + 2 anak perempuan, sorang sweet + begau..sorang lagi comel ala bucuk-bucuk. lahir 22 Mac 1977..iye arini genap 34 tahun. kalau x, xde de aku wat entry tok dia.
 
dulu.
kecik-kecik aku x geng pun dengan dia sebab dia yang xnak geng aku. dia geng dengan kak long je. tak tersisih pun sebab aku ada dak emi. tapi dia pun bukan best sgt. dah semua barang aku dia nak memunya. berbalik pada kak ngah ni, dia geng aku bila men zero point je. almaklumlah kaki panjang. letaklah getah kt tumit? kt lutut? kt pinggang? kt nenen? kt telinga? kt kepala? sebelah mata aje aku kangkang kn kaki aku tinggi-tinggi. 
 
dulu..
dengan dia la aku belajar korek tabung tembikai kuning aku. merah-merah biji mata bila habuk-habuk jatuh sekali dengan duit. pernah gak la perasan bila aku da letak duit banyak-banyak tapi bila goncang macam sikit. takde orang lain la gamaknye tu kn?dah dia sorang jek yang expert bak korek mengorek ni. cubalah bagi cotton bud kat dia, di buangnye kapas tu, pastu di korek-korek hidung atau telinga...eeeuuuwwww..terkenyit-kenyit mata kestiman. hobi dia la tu. alasannye, nak bagi bersin. sedap nau agknya?
 
dulu..
dia masak sedap. masak ape pun sedap la. paling aku ingat nasi goreng cili api dia. menyengat. tapi sekarang...sedap lagi aku yang masak kot. mmg x ahh! segala kesedapan tu hilang sebab laki dia masak lagi sedap rupanye. 
 
dulu...
bab makan-makan ni dia la paling handal + laju. sebelah pegang burger, sebelah lagi pegang french fries. sebelah gaul nasi, sebelah lagi pegang drumstick ayam. haha..tipu! suap kanan, kunyah abis, suap kiri, kunyah abis, suap kanan balik. tapi itu dulu...sekarang tidak lagi sebab sekarang, sebelah gaul nasi, sebelah lagi pegang anak. kesian....
 
dulu....
segala mak nenek MLM diceburnya. ada yang menjadi, ada yang x menjadi. yang jadi...syukur alhamdulillah. yang x jadi..cilake punya ** s**y! bukan kak ngah cakap, tapi aku yang cakap. sebab aku pun terjoin sekali. huh! sekarang ni aku xtau la dia ada join pape MLM lagi ke tak. rasanya tak kot sebab "pengalaman lalu telah mendewasakan". cewah! tapi mcm mana pun, otak dia still bisnes. bisnes. bisnes. dari yang kecil-kecil sampailah ke besar-besar. apa aje yang bole mendatangkan duit lah.
 
tempahan makanan melayu/western tok event-event? DONE.
share partner western food restaurant? DONE.
design dan tukangkan sekali restaurant? DONE.

terror x? terror x? akk siapa pulak kn? *kembangkempiskempus* tapi dia cuma merangkap manager / PA / advisor je. semua senarai di atas laki dia yang buat. sebab tu awal-awal tadi aku cakap laki dia serba boleh. hebat kan? abg ipar siapa pulak kn? *kembangkempiskempus* sesiapa yang berkenan dengan servis-servis di atas, sila hubungi aku ye! nnti aku mark up lagi. hehe..

"niway...happy 34th birthday kak ngah. wishing u an happy life, prosperity, longlife and good health. love u. XOXO."

perkara yang paling aku igt masa kecik-kecik dulu dan wat kan aku fobia la sekejap, bila aku tertelan biji rambutan. punya la takut bila dia cakap, nanti pokok rambutan tmbuh atas kepala aku. dan aku percaya. LOL
 

 

 

No comments:

Post a Comment