Wednesday, February 9, 2011

berjalan sakan

Hari sabtu lepas dapat mesej dari somebody..wah! mngalahkan secret admirer yang mesej gitu. my LV cousin je pun, Pinky. bakal pengantin 25hb ni. kompem excited minah tu nk kawen selepas hampir 11 thun bercinta, gado putus sambung balik, dengan rintangan-rintangan dia lagi. fuh! mencabar jadi si Pink ni. oh! dia mesej sbb nak ajak pegi wedding kawan dia merangkap kwn aku gak, Aja. tu pun aku kenal dari dia. so..ble da ajk tu, aku on je la. sape xnk mkn free ooi. orang dok bujang ni mmg pntang klo dgr mkn free. wedding dekat je dgn rumah aku. 2 minit je pun klo naik kereta. disebabkan pink ajk last minit, aku dtg lenggang kangkung jela bwk bdn ngn handbag. hehe. x malu sungguh.

lepas sesi-sesi bergambar dan makan, pink ajk pergi nagoya carrefour, cari langsir. aku on je la manjang on xpena yang off lagipun baju warna pink tema kawen dia aku xde lagi. alang-alang kan. tapi malangnye xde yang aku berkenan. so..temankan ajela dia beli langsir. nk beli langsir putih letak belakang langsir yang betul-betul punye. phm x? aku xtau la nk terangkan cmne. harap korang phm la ye. tapi kemain berejam lagi aku ngn dia dok pilih. nk itu ke nk ini? yang ni sesuai x?eh..cm xkene jek. nak yang line-line ke bunga-bunga?sesuai ke?bak hp balik nk tgk balik gambar  langsir yang depan tu, nak tgk kene ke tak. eh...byk la persoalan yang di utarakan. after di fikir-fikir, di calling-calling..kputusan pun dapat dicapai. beli la langsir corak bunga 10meter. 

pastu jalan pulak msuk dalam carrefour tu. eh!bukan mmg da msuk ke?td tu msuk dlm nagoya yang dalam bangunan carrefour. ni msuk dalam carrefour yang dalam bangunan carrefour. wahahahah. lantak! masuk sesaje je. xde hasil pun. Pink lagi la. dah pegang shampoo n conditioner tp letak balik. jalan lagi. Pink da pegang da keropok. nak beratur, panjang, letak balik lagi. last-last kuar tgn msg-msg kosong. itula nama nye penjimatan seorang bakal pengantin dan seorang pentarak gaji. huhu.


then jalan pulak luar carrefour tp still dalam bangunan carrefour tu ;p . bila terjalan depan KFC, terus masing-masing lapar balik. gila x lapar? byk tenaga digunakan masa mmbeli langsir td. hahaha. lagipun mkn kt wedding Aja, amik sikit je. konon-konon da banyak. sekali licin. nak repeat balik segan la pulak. lgpun xkan nak senduk tinggi mngunung kan. malu org tengok. KL beb. kene cover sket. perlu ke? kalau kt kg xpe lagi kot.


OooOooit! cite pasal KFC la.

sekarang da ikut pesen Mc D. pepandai ko pegi amik sos n straw sndri. xde da botol-botol sos atas setiap meja. bajet kot. takut botol sos msuk dalam handbeg.
aku xpena wat. kengkawan pena. tapi aku tukang hasut. n kaber line kiri kanan. hihi. ayam stok semalam punya goreng balik kot. masing-masing dok sental kulit jek n mashpotato n coleslaw. sede jek. nyesal. bek makan ayam Mc D je tadi. smbil makan x seberape tu smbil gosip. kemain. bikin senget bahu kiri aku ni dek dosa. pdn muka aku.


lepas tu ontheway balik Pink ajak pergi area ampang point. on lagi aku. sebab dia nak cari bahan-bahan nk wat biskut tok wedding favor nnt. katanye pernah perasan ada pemborong bakeri kt area situ. skali sampai-sampai, pemborong brg-brg makanan timur tengah. berpatah balik la ktorang. dalam pada pusing-pusing nk patah balik tu..ternampak la pulak Habib. kasi singgah. besssssnye..cntek-cntek cincin. kalau la aku ada duit.. *sigh* -__- ada offer pulak tu sempena CNY. da pilih-pilih casing ngan batu, da mintak kurang-kurang kot dapat kurang lagi, da dihasut-hasut, Pink mintak reserve dulu tuk dia sebab pape pun kne dptkn kelulusan dari big bos. nak bayar pun mst la big bos yang bayar. cantik tau cincin tu. same taste la ngn aku. dengan batu besarnya. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!nak........

hampir sejam jugak kt Habib tu. sebab salesgirl dia best punya. ko tanye la byk kali mcm orang xphm bahasa..dia layan jek smbil gelak-gelak. tu yang buat bontot melekat jek kt kerusi. nama dia lupa suda. tapi dia senior la kt situ. best. len kali nk beli kt situ je la. ceh!lain kali?mcm salu pulak ko beli-belah kt Habib tu.



perjalanan tak berakhir di situ, Pink bawak pulak round kt rumah dia akan duduk pas kawen. senang ble aku nk dtg nnt, dia kata. tp pada aku..senang aku nk dtg bile-bile aku lapar nnt. itu baru betul. hihi. pastu Pink nk singgah kg. baru pula. nk tengok baju melayu ayah nye. tp malangnye xde parking n byk jalan yang ditutup sebab ape tak tau pulak. so..balik la aku ke rumah. Pink aku xtau la dia singgah mana pulak lepas tu. pastu baru la aku wat base ciskek yang aku cte semalam tu. tunggang terbalik kn cte aku? gasak ah! 


p/s : gambar tarak!





4 comments: